Tuesday, April 12, 2011

Dinner FSPPP 2011

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua...

Entry kali ini dikhas kan untuk mengimbas kembali kenangan kami menganjurkan Majlis Makan Malam Pra Graduan & Alumni bagi tahun 2011...

Yang bestnye ape tau, ni la waktu yang dinantikan oleh kami untuk membuktikan bahawa Batch kami adalah yang terbaik melalui penganjuran dinner ni...Banyak suka duka sepanjang semester ni, untuk menganjurkan acara besar bagi Fakulti...

Ok, gambar-gambar dibawah adalah pada hari event ye..Dah beberapa hari semua tak tido dengan cukupnya..Aku ni dah tak lekat dekat Hostel..Kehulu kehilir tgh2 malam dengan kwn2 just untuk pastikan semuanya TIP TOP...

Lets check it out..


Membantu AJK Hadiah untuk menyiapkan nombor ekor..hahaha..Nombor bertuah la....



Haa tengok lah tu...tersenyum je wat keje..Best committee untuk dinner ni..Sangat superb....I Likeee...

Bahagian hiasan pentas pun kami buat sama-sama...So takdelah beban sangat bila bekerjasama ni...

Band sedang wat "sound check" and prektis mana yang patut...

On the event: 8.00 p.m...Jom tengok hasilnya..Sorang2 muke tak nak kalah....hahaha....

Dari kanan: Fatin, Nanie,Kak Ema, Erni, Ejok, & Miera

Persembahan tarian dari SIMECTRA...Faculty punye club kesenian & kebudayaan ni...Not bad lah tarian dorang ni...pssssttt Teringin nak nari, tp keras je tangan...so LuPakan Saje!!!

 Hafiz dan aku..Play the piano..i likee...

Oh i dont noe actually bile picture ni di ambil..Consider as candid okeh...;p 

Jawatankuasa DINNER yang MANTOPPP!!~~
Congrates to all of us...We did it!!!! 


Ni dalam perjalanan dari Klang ke Kelab Shah Alam...Lampu merah katekan..sempat lah capture sekejap...

Nextt Next Next!!! Pic again....Layannn la eh..


Gadis-gadis semasa...santekkk sangat semuanya.... ;p


Oke settle sudah acara gilang gemilang untuk semester ni.Alhamdulilah semuanya dapat berjalan dengan lancar walaupun banya dugaan yang kita hadapi untuk semester ni..

Agak lama aku melupakan aktiviti berpersatuan dan mengendalikan majlis sebab igt dah tak nak involve..Tapi i think i have to start back cuz i can do that actually..Not me lahhh..EVERYBODY can do with the support from everyone..

Oh jap..mesti tertanya-tanya why im wearing tudung??? Bagi masa untuk aku berubah..slow2 aku cuba cuz im not a perfect person..I'll try to be good but sometimes, i failed...

Ok cya again...papai...

Tuesday, April 5, 2011

Sia-sia

Assalamualaikum...

Hai Frenzy n readers...Hari ni hari yang sangat tak berapa luck bagi aku dan kawan2...Biasalah students life...Penuh dengan warna warni assignment..

Pernah aku wat entry dulu yang aku sangat tension dengan PROJECT MANAGEMENT (PM).. subjek ni oke sebenarnye, tp oleh kerana lecturer habis sumenye hanco berderai...Tak baik nak salahkan lecturer sebenarnya..This is our mistake but kadang2 student pon ada betulnye..Bukan lecturer je kan?

Berbalik pada assigment PM..Kami ambik masa hampir 3 bulan nak siapkan assignment berkaitan Mangrove Regeneration Project di Setiu..Just for academic purpose...

Aku ni study pasal POLISI n kdg2 rasa2 subject ni kurang sesuai dengan kami punya course..Tapi subject ni sgt berguna sebenarnya pada sesiapa yang akan involve dalam dunia PROJECT..

Kami sangat kecewa usaha kami tak dihargai..Lec suruh print kertas sebesar A1 tu..Makan kos yang agak tinggi utk assigment kali ni tapi tadi dalam kelas, dia marah2 cakap wat xde planning, xde effort, malas, n everything that de-motivated us....


Kami dah la tak tido beberapa hari utk final draft, wat gantt chart, network diagram sebesar alam...Tapiiiiiiii dikatekan xde effort, malas???? 
My Report


Kami habis duit beratus-ratus utk assigment ni, Bukan effort ke? tadi rmai yang menitiskan air mata sebab dikatakan xde effort...Bayangkan la, masa kami pun 24jam jugak, nak kene wat assigment lain lagi....xpelah....

Dugaan...dah la xsempat study MANDARIN...hanco terus oleh kerana nak wat yang terbaik utk Pro Mgt...Tapi usaha kami di pandang rendah.....Lecturer should be nice and tak leh emo nak judge students...Kami dalam process belajar..Tolong tunjukan mne salah, bukannye nak jatuhkan semangat students...

Sgt sedih bila lec ckp nk tolak markah berlebih2 n nak failkan student...Patutnya bagi semangat....

This is my effort... :"(






DAH SIAP JADI CARPET NI.....

Aku bukan student civil engineering yang pro psl ni..kami belajar basic dan xptut sgt aktiviti utk project melebihi 100++...Kami baru belajar n xpatut untuk de-motivated......

Aku sgt emo arini sebab kan assigment yang tau dah akhirnya akan dibakar..... :"(

Tuesday, March 29, 2011

Perubahan itu penting...

Salam...

Kite kene berubah!!~ Sepatunya apa yang kita dah rasa Tak OK a.k.a anything NEGATIVE... we should change rite???

BUT BUT BUT...

Should we tell to the whole world that we already change?? Bila ada TANDA SOAL ???? jawapannya mesti cam main puzzle kan...YES or NO...

What!!!? Kene bagitau ke, contohnya:

" Sekarang saya dah berubah jadi baik" 

For me it is better to keep on silent and let people judge..
Terutama our ENEMY... kan kan kan.... : )
Memang kene judge kaw kaw kaw lah....rasenyala...

Kadang kan kite rase dah berubah, tapi sometimes orang tak nampak pon ape yang berubah..
(mungkin ni la faktor ramainya orang nak bagitau yang dia da berubah) 

Yelah bile libatkan perubahan, ambik masa kan?? Masa untuk perubahan tu bukan senang sebab kita baru nak adapt dengan satu situasi yang baru...

JADI

Adakah patut di hukum orang yang baru nak berubah hanya kerana tidak nampak di mata perubahan itu?? Bagi masa pada mereka yang ingin berubah dan ingin buktikan sesuatu.Tak salah memberi peluang sebab PERUBAHAN ITU PENTING.


Bila tak diberi peluang utk berubah, takut2 orang yang nak berubah de-motivated & hilang keyakinan. Perubahan apa pun takkan berlaku mungkin...

Kita mungkin akan beranggapan " Peduli apa aku, dia yang tak nak berubah, itu hidup dia"

NO NO NO NO!!!

Kita kena support.Give times. Jangan biarkan mereka terus sesat.

Entry ni tercetus dari cerita ke cerita , pembacaan, (yeke?), observation dan pengalaman sendiri.

I wish i could change...Manusia berubah dan kita berubah..

Saturday, March 26, 2011

Diam Jalan Terbaik?

Assalamualaikum...

Dear diary and readers,

Sudah beberapa hari aku tak update blog ni..Takpe if tak update pon No one cares...hehehe..just to keep in mind je...

Adakah episod kesedihan kita akan berpanjangan? Mungkin YA & mungkin TIDAK..who knows... :) Aku pernah wat satu quote berbunyi camni,

I lost i found..
Found n lost again...
Lost and come back..
Never speak out...
And invi. again..
I cry full of tears...
Lost and lost till Im not here to see..



Entry ni (click here) ...title LOST & FOUND...(kononnnn sgt ni)
If tak salah aku entry ni pada tahun 2009 bulan Jun... 


Apa sebab mendiamkan diri tanpa khabar berita? Malas nak layan? or Something happen, cannot share, & better silent.. Is it?


If diam itu jalan terbaik, continue to keep on silent but everything gonna be so hard later.. I think so.
Maybe if ada yang terbaca ni akan sekali lagi tak faham apa yang seorang blogger ni nak sampaikan..No u dont have to understand this. :)


If Im not here to see... (maybe ok)


BUT anda anda anda yang bernilai itu pada kawan-kawan, keluarga, & sesape aje.Jangan hilang dari pandangan sebelum jelaskan pada mereka hakikat dan kebenaran hidup anda. Betul tak??




Example, (macam buku nota kan)


"Saya sedang mengalami masalah duit yang sangat teruk. Kene kejar dengan Ah Long.Nak kene potong tangan,kepala,kaki, & dicungkil mata. Saya diam sebab tak nak susahkan orang. Tak nak bebankan orang.TERPAKSA lari kesana kesini.Tinggal anak bini tanpa khabar,tanpa sebab dan alasan kerana SATU MASALAH yang disimpan sendiri"


APA AKAN JADI?


Gangguan emosi pada yang ditinggal walaupun atas sebab yang sangat MUNASABAH dipihak sana..


hanya contoh sahaja & FULL STOP!!~ 


Harap perkara seumpama ini tak berlaku pada kita...


Hidup dengan penyesalan bila lari dari masalah, bila diamkan tanpa khabar berita, bila ada perkara tidak dijelaskan,  gembira bila ada yang terluka...




Kita hidup bermasyarakat dan jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri sedangkan ada orang yang masih mengambil berat tentang diri anda walaupun sebagai sahabat,adik,kakak,abang, & etc...


Wednesday, March 16, 2011

Surat Untuk Awak...

Assalamualaikum...


Nanie kena buat jugak entry ni utk awk..Awk yang saya maksudkan if u read this u will know.. Allah dah tetapkan semua yang terjadi dan semua yang telah berlaku dalam hidup saya ada hikmah yang saya sendiri baru faham. Entry saya 2, 3 tahun lepas memang saya tujukan untuk awak..Hidup saya macam dipermainkan oleh insan bernama lelaki sedangkan saya tak tahu sebab saya ditinggalkan...


Sangat sedih masa tu, sebab saya jauh di Sarawak dan tak ada tempat saya nak mengadu.Mula saya jatuh sakit yang patutnya tak berlaku pada saya..Saya bukan buat semua ni untuk awak rasa bersalah sepanjang hidup..Tidak sama sekali, sebab ketentuan tu dah saya terima.


Saya cari awak macam org gila just nak tau sebab awak hilangkan diri dari saya utamanya. Macam2 cara saya buat untuk contact awak tapi saya tak dapat cari awak..Sedih tapi saya sgt rasional kan fikiran saya just at last i know u with somebody else after almost 2 years. Satu jangka masa yang agak lama untuk saya terima kenyataan ni..


Then saya move on untuk cari pengganti awak..Awak cakap saya sepatunya dapat orang lebih baik dari awk.. Yes, saya dapat orang yg sangat baik dan lain dari yang lain dalam hidup saya. Tapi, saya bukan yang terbaik untuk dia..Jadi saya terpaksa pasrah sekali lagi dengan ketentuan dari Nya. Saya sayang dia tapi tak ada apa dapat halang dari semua ni terjadi..


Jadi AWAK jangan rasa bersalah dengan semua ni..Bukan salah dari awak or sesapa..Tapi apa yang saya dapat dari semua ni, jawapan dari semua yang terjadi..Mungkin saya tak dapat mention kat sini..Tapi terima kasih sebab awak dah bagitau semuanya pada saya walaupun jangka masa hampir 4 tahun baru awk nak bagitau saya..


Bukan saya yang tabah, tapi awak yang sangat tabah...


Mungkin saya orang yang terkahir tau semua ni, tapi awak saya dah maafkan semuanya..Tak ada apa pun yang saya simpan..Hiduplah dengan tenang.Jangan ada rasa bersalah dengan saya.Saya sangat bersalah bila tau semua ni..Saya mintak maaf sangat2.


Awak doakan saya dapat orang yang baik kan?? Dan saya juga doakan awak dipanjangkan umur dan happy dengan hidup ni dan bahagia dengan orang yang tersayang. T.K is not tahan kentut ok..Take k of yourself. If ada pape yang nak dikongsikan, insyalah saya cuba jadi KAWAN yang baik utk awak. Saya tak dapat tolong awak even saya sedih & nangis dengan semua kebenaran ni.


Awak tolong jangan rasa bersalah dgn apa yang jadi dengan saya..Saya sanggup ditinggalkan if itu boleh buat orang happy..Hidup ni kadang2 memang agak kejam tapi awk tau tak ada hikmah disebalik semua yang terjadi..Entry2 lepas tu anggap je lah kenangan saya dan bukan berniat utk wat awak rasa bersalah..


Sesungguhnya, saya dah lupakan semuanya..Awak sebenarnya sangat baik..terima kasih to let me know the truth at LAST..Thanks coz pernah buat saya gembira, jadi rakan duet yang baik n jadi pendengar yang setia saya..


Saya terpaksa publish entry ni supaya awak tak de rasa bersalah dengan saya..Emel awak saya tak ada, nak contact takut tak kena masa kan..Jadi can you just smile start from now. Hidup memang byk dugaan tapi dari arah yang berbeza.. Betul? this is ur words.


Then, thanks for this msg:


" Thanks a lot, u mmg org yang sgt tabah n baik hati.Wassalam"....
" Nanie ttp Nanie yg dulukan? Jgn ubah semua tu"


This msg make me cry actually.. But im happy coz ..........( to be cont.)


Nanie doakan awak happy..seriously happy..tak kira macamana pun..


Last skali, kahwin nanti just let me know.. :) wish for your happiness...


Minta maaf byk2 salah silap selama kita kenal....Hanya ni saje mampu dilakukan oleh seorang teman....


1 more thing, jangan lupa Allah bersama hambanya yang dalam kesusahan...




Saya baca balik entry yang lepas( click here) then, 1 of my friend comment and it is very true...


"Allah bg sesuatu dugaan tu kt kite..sbb kite je yg boleh tanggung dugaan tu.. allah takkn buat hamba die susah..tp kite jd lebih tabah n kuat"


Ikhlas dari,

Thursday, March 10, 2011

Futsal, Bowling and Satay...Ape kaitannya?

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian...

Jom tengok aktiviti minggu ni... 

Dah lama kami teringin nak main futsal, oleh kerana belum berkesempatan, kitorg just boleh tengok dari luar gelanggang jek lah..Saje mengedik-gedik luar court futsal..hehehe..support budak faculty jek..xde lebih2 ye... :)

Seperti biasa... Girlzz smilezzzz camera here!!~~~

Ni la aksi yang berjaya dicapture oleh geng spot cek ni..hehehe.... satu je pitca...

Oke, next aktiviti adalah bowling..dah jadi mcm habit plak main boling...Masing2 bile kalah rase nk kene rematch..SO ape lagi rematch la..Ooooppsss aku adalah antara geng perempuan yang kire tak nak ngaku kalah dengan si JEMY ( sile klik sini) promote..promote...

Ni markah time perlawan yang dulu..sebelah kiri geng bawah seratus n sebelah kanan geng lepas seratus... hehehe..Kami rematch balik sebab tak puas hati...



Rematch game 1st...Ehem ehem dah lebih sikit dari orang lain kan.Zoom IN huruf N = Nanie ..I LIKE...Zati, ejok, miera n aku telah memberi saingan yang hebat pada sorang JEJAKA tu..GIRLZ SPIRIT...



Hasil rematch game kedua...Si Jemy la menang!!! TAK PUAS HATI LAGI...


Dah penat & sakit tangan ape sume, kami bergegas pergi ke KAJANG..yeaaa makan time...Tempat dituju of course Satay Kajang Haji Sahmuri..Famous kannnnnn...

We love satay... bak kata EJOK..hehe (xpasal2 nama naik)

Satay arnab la, rusa la dan tak terkecuali ayam dan ayam dan ayam..huhuhu...

GIRLZ: Tak nak la makan satay arnab sebab dia comel. Tak sampai hati..

JEMY : Aku nak gak makan pedulik ape...Arnab. Rusa...Kambing..Keldai..Kancil..bla bla bla
 ( oke ni aku reka) hehehe.. ;p

Then snap snap snap!~~~~



Kete zaman dulu-dulu..Bagus lah restoren ni ada collection barang-barang antik..Setahu aku susah dah nak dpat barang2 rare ni..Best dia punye decoration Restaurant n sekeliling dia...
Patutlah jadi ramai orang... Marketing sangat bagus... Really2... :)


Sampai bertemu lagi di lain destination..WAahh mcm rancangan cuti-cuti n jalan cari makan...so wait till da next episode...C yaa :)

Sunday, March 6, 2011

Semakin Sukar...

As-Salam...

Hye readers... alahaiiii bila nak ada cerita yang boleh SENYUM ni.... Korg percaya tak dengan mahluk halus???

Pada yang tak pernah nampak mesti macam was2 dgn kewujudannya...tapi haruslah kita igt, yg mahkluk itu sememangnya ada dan sedaya upaya untuk menyesatkan manusia...


kalau rupa macam ni tak pe la.. :) Ada senyum wooo....


Kenapa aku cakap pasal ni ???

I have to make this thing clear..

Boleh ke tafsir melalui gambar seseorg? persoalan pertama yang aku musykil kan...

Sebab ?? Lately, ada beberapa org yang dah mentafsir, menilik, menggodek dan menengok..bahasa apakah ini..heh... ohh tgk ape lagi..MY PICTURE...

Gambar di upload mmg buat tatapan umum, bukan promote diri yek..saje kongsi moment sikit dgn kwn2 dunia cyberku ni... TAPI, apa yang buatkan aku agak marah..oh actually bukan agak la,

SANGAT OK!! Sangat Marah!!!~~ Grrrrrrrrrr..
Bila gambar aku di tafsir sewenang-wenangnya.. (mintak la permission)


NO GHOST....


"Kenapa awak bergambar dgn hantu?" ..soalan user 1st..


" Ada benda dalam gambar awk yang selalu melawat awk"  user 2nd...


" Boleh bawa mudarat pada org yang rapat dgn awk" 


" Baik awk berhati-hati"


"Jangan marah,sebab saya just nak bagitau awk"


OH NO!!!!~~~ CUKUPPPPP!~~


Byk lagi la yang dorg utarakan pada aku..Sampai minggu ni aku terpaksa privatekan semua gambar2... Takut sangat...Buat masa ni tak nak tau pape dah... :/


Percaya bulat-bulat tu mungkin tak..Tapi, ada something yang user-user ni cakap, ada kaitan dengan hidup aku...
Mungkin secara kebetulan, tekaan, rekaan yang mempunyai persamaan..tak banyak, sikit je...


So, aku tak nak buatkan semua ni tambah teruk or mendatangkan was2 dalam diri aku.. Aku akan berjumpa dengan org yang selayaknya untuk membuktikan kebenaran cakap2 orang selama ni...


Doakan semoga dijauhkan dari bahaya dan segala yang menyesatkan peganganku...
Salam kembali kepada pembaca budiman...