Sunday, August 21, 2011

Susah Sangat ke Nak Bangun Sahur?

Assalamualaikum...

Entry kali ni aku nak membebel pasal SAHUR.. Pernah tak dengar " Apa yang membezakan puasa Muslim dan Kafir adalah SAHUR" lebih kurang la bunyinya, kalau salah tolong betulkan...


Apa yang membuatkan aku rasa sangat marah sebab adik-beradik aku sangattttt susah nak bangun sahur, tak kiralah yang tua ke yang muda. Padahal bangun MAKAN je ponnnnnn...Tak lah aku suruh masak and so on...isk isk isk bila kejut tu kene marah la, tak kurang gak yang merengek.Boleh tak ubah sikit minded masing-masing bangun sahur sebagai satu ibadah. (kan dah kene bebel)

Oke oke tak apa aku emo sekejap ye pagi-pagi ni..Dah la aku bangun bertungkus-lumus di dapur seawal jam 4 pagi dengan masak nasi yang berpot pot..Last-last yang bangun cuma ayah..Semua yang lain bangun area kul 6.30 pagi...(dah habis waktu tau takkkkkkkkkk!~~)

Tak pasal-pasal membazir nasi dan lauk yang aku masak tu. Mungkin masing-masing letih tengok bola semalam?????? Adakah itu faktor penyumbang kepada susahnya bangun sahur??? Kalau PERLAWANAN BOLA, boleh plak kunci jam bangun,berjaga siappp..Ni sahur yang ada orang kejut pun susah sangat nak bangun...hmmmm kecik hati~~~

Setakat ni je dulu bebelan aku di pagi-pagi buta ni..Mood aku sakit hati (Sabar Nanie! Sabar jelaa)..Tapi tak apa, aku masih lagi bersyukur sebab dapat sediakan juadah apa yang patut untuk sahur & berbuka untuk family tercinta.. Nanti kalau dah kahwin, masing-masing ada family sendiri dan tanggungjawab akan lebih berat. Sama-samalah kita prektis dari sekarang..eheeheh..

Oke yek,sampai betemu lagi ni next entry (bebel sorang-sorang, PASAN!)

Wednesday, August 17, 2011

Tak Pandai Bergaya

Dear diary.. i will owez put everything here about my self.. Just my memories 4 my grandchild~~~

Hye pada yang tersinggah or terjumpa blog ni... Berbalik pada tajuk entry di atas ni kan, aku just nak luahkan perasaan aku..Oke sekarang ni aku dalam proses membetulkan diri aku,

Sekarang aku dah cuba untuk pakai tudung but still tak pandai untuk menggayakan tudung-tudung terkini yang ada di pasaran. Aku nak naikkan balik my self confident. Tau sajalah aku ni jenis low self esteem. Kena kutuk sikit dah nak terasa sampai makan tahun.

Dulukan ada someone cakap " Awak ni nak jadi apa, asek pakai t-shirt hitam je? Nak jadi lelaki ke?"

Pergghhh ayat mantap yang menusuk ke kalbu aku sampai sekarang. Tak apa lah anda kann smartt and pandai bergaya.. (saya ni ape je)

Sekarang ni aku nak cuba la fesyen-fesyen tudung kalau boleh, nak naikkan confident level balik. Tapi kadang-kadang tak ke macam OVER bila pakai berlebih-lebihan.. (ha ha ha tengokk still tak ada confident untuk berubah)..HOW eh??

image taken from yahoo image

Aku mulakan dengan pakai shawl dulu & nanti aku akan cuba dengan jenis-jenis tudung yang terkini yang mungkin lebih bersesuaian dengan jiwa aku..hehehe...Aku nak jadi selesa & sweet dengan tudung. Moga-moga aku akan istiqomah..Amin

Oke thats all for now...  :)


Monday, August 15, 2011

Tabiat Bergayut

Salam sejahtera to all frenzy and readers...

STOP!! Singgah jappp ehh...huhuhuhu :) Oke aku nak straight to the point...Tabiat bergayut adalah fenomena semulajadi yang dikaitkan dengan orang yang suka bercakap di telefon dalam jangka masa yang lamaaaaaa...eh eh eh entry ni sebenarnya aku nak point terus pada diriku sendiri...

Tabiat ni terjadi bilanya gejala angau tak tentu arah wujud dalam individu tersebut ( aku ke??? ) Sebenarnya susah nak faham kenapa lah perlu bercakap lama-lama padahal kadang-kadang sudah kehabisan topik untuk dibualkan..hahaha..Balik balik ulang perkara yang sama...cliche sgt...hehehe :)


Ni moment yang best bila dalam proses permulaan perkenalan~

Mula la terfikir talian mana yang paling murah dan sesuai untuk aktiviti ini. Tentunya antara Digi, Maxis, Celcom,U-mobile, Salamphone and Tune Talk...Sekarang still maintain dengan U-pax Celcom yang masih mampu untuk ditanggung oleh kedua-dua belah pihak untuk bersembang secara terus-terusan di malam hari..heheee : )

Tidak dapat dinafikan juga Talian tetap TM menjadi tumpuan utama sebab CALL FREE terus..hahaaaa.. (agak oldies sikit guna talain tetap ni, sebab telefon ganggang lama)

Mungkin ramai yang pernah mengalami situasi ni dan apakah cara-cara untuk mengurangkan tabiat pelik ni????..huhuhu..Mungkin sesuai untuk orang yang malu untu bercakap secara depan-depan kan, jadi bercakap di telefon adalah lebih selesa walaupun dah berjam-jam lamanya bersembang...Tak ada kata putus langsung sampai kredit habis..GEJALA GEJALA!!~~

Ohoo lupa, tambah-tambah masa birthday,celcom bagi call free selama seminggu..Seminggu jugak lah bersembang tanpa henti..ekekekeke..Aku pun dah jadi dj secara tak sengaja..bebel jek 24 jam...huhuhu..

Thanks to someone (2121) yang rajin nak sembang dengan diriku ini~~

Entry ni berakhir disini dulu!~~

p/s : Berdasarkan pengalaman, bergayut hanya diawal perkenalan, nanti bila masing-masing dah rasa bosan, message pun dah tak nak reply..Truly~~

Friday, August 12, 2011

Inject dan Pengsan

As-Salam~~~  Hye readers.... : )

Pernah tak anda mendapat jangkitan pada kuku anda?? Contohnya macam kuku masuk dalam isi..Ntah pape je infection ni yang telah mencacatkan jari telunjuk ku..Dah lama aku menderita kesan dari bengkak dan luka pada kuku tu...Isk isk isk, tak jaga kesihatan kuku langsung!!!...

So, oleh kerana tak dapat tahan sakit bila kena air utamanya, aku telah DIPAKSA pegi Klinik mencabut kuku aku yang tak bersalah tu..sian yekkkkk :/

Aku dengan rela hati g la Klinik dengan my bestie Fana..Excited sgttt taw...Pembantu DR. inject jari aku lebih aku rasa dari 5 injection..TAPIIIIIII jari aku still boleh rasa mcm biasa..PELIK tapiii BENAR..Dia pun dengan yakin mengINJECT lagi dengan jayanya sehingga aku mengeluarkan air mata bahagia..huhukkk :P

Image Detail

Tapi kebahagiaan tu tak kekal sebab kepala aku tiba-tiba mcm berpusing..huhuhu

" Saya rasa macam nak pitam" ayat terakhir yang dapat aku lafazkann..heheeee (akhirnyaa gamat suasana di klinik)

" Sediakan katil, and prepare utk ambik tekanan, drip and etc" Doktor kelam kabut dibuatnya..huhuhu

Ramai gak la suara-suara org yang ada dekat dlm bilik kecemasan tu..Tapi kan tak lama lepas tu aku sedar kan diri aku..Rupanya terpitam aku masa injection..WHATTTT???? tak cayaa aku leh pitam gara-gara nerveous dgn injection...KELAKAR okkkk!!!~~

Then tekanan darah diambil semula dan resultnya = NORMAL kembali...Alhamdulilah dan syukur sgt...After tu aku pun masuk la bilik Doktor, sembang-sembang la..Tak pasal-pasal dapat appointment 2 minggu lagi, kena ambik darah...Perkara yang paling aku tak suka..Tapi apa boleh buat.hmmmm~~

Pembantu-pembantu perubatan dekat Klinik Kesihatan tu semua ketawa kat aku..Maluuuuu sgt!~~~

" Aikkk belum cabut kuku dah pengsan dulu??? Awak takut kannn??? " Soalan-soalan perli tuu...

Tak apalah, aku cuba cek darah sekali lagi sebab nak puas kan hati doktor..huhu..Sampai sini dulu entry aku..

Tata Titi Tuuuutttt Tuuuuut Tuuuuttttt!!!~~~ :)

Tuesday, August 9, 2011

Bertambah Usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers... :)

Oke 5 August 2011 ( Jumaat ) adalah ulangtahun kelahiran aku...Dah bertambah usia aku lagi & aku amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi aku kesempatan untuk hidup lagi...Alhamdullillah~~

Sempena birthday ni aku aaaaammmmaaaat bertuah sebab still boleh bergembira.Aku igt tahun ni lonely la sambut birthday..hehehe..Tapi ada seseorang yang sgt baikk sanggup turun dari Johor, semata-mata untuk celebrate birthday aku..

Tak sangka gak la masih ada ruang-ruang untuk dapat hadiah bila umor semakin meningkat ni..huhu... Kami g celebrate dekat Sunway Pyramid and berbuka puasa Pizza Hut +++ Kek Secret Recipe... : ) taaapiii just kitorg berdua makanan pun tak habis..Membazir betollll!!.. (takpe tapau bawak balik, sambung dekat rumah..hehee)

Alahaiii so sweet dapat hadiah plak...Oke hadiah rahsia..nnt lah cerita pasal hadiah... huhu...Memang birthday kene kasi hadiah eh?? hahaaa (soalan apekah ini???) ;p

Tapi memang selalunya birthday kebanyakkan orang memang akan berharap nak hadiah terutama dari teman2 rapat...If dapat tu, wahhhh rasa macam ada org igtlah..kan kan kan... :) tapi sebenarnya yang paling penting bagi aku adalah doa dari semua kenalan moga diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik untukkk terus menjalankan tanggungjawab kita... Betul lah kan?????

Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish dan support selama ni, yang jaga time aku sakit down and etc..Jasa kamu semua takkan dapat dilupakan...Love u all!!!~~~

Setakat ni dulu entry sempena Birthday yang ke 23..Uishhh dah tua..bila mau kawen ni??? hahaaa...

p/s : To some1 2121...thanks so much for everything..walopon kita kenal dalam masa yang singkat dan awak pon masih kabur tentang saya, tp awak sanggup buat semua ni untuk saya happy...Kita doakan moga diberikan yang terbaik untuk masa depan..Amin~~~

Terima kasih sgt sgt sgt <3 <3 <3

Wednesday, August 3, 2011

Kenal Mengenal

Salam..

Hye.... oke ada kawan-kawan yang tertanya-tertanya mengenai aku n dia...Oke sedang mengenali and cuba untuk berfikir ke depan... :) okeeee..

Dalam masa ni, hanya doa dipanjatkan semoga kami di beri petunjuk sama ada untuk teruskan atau berpatah balik..

Cerita-cerita dan memori lama memang tak dapat di lupa, tapi diharapkan ia dapat menjadi guideline utk kita terus ke depan meneruskan hidup seperti biasa...

Fobia dengan relationship tapi manusia memang saling memerlukan tanpa dapat di halang...

Renung-renungkan dan selamat menyambut Ramadhan~~~

Sarawak Best

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua yang menyinggah~~~

Okee agak lama tak mengupdate blog yang sememangnya tak yah update pon takpe...So, arini dengan rajinnya aku nak kongsi pengalaman aku holiday di Sarawak sebanyak 3 kali trip only for this month...

First trip aku pegi dengan 3 orang kawan gila-gila Jemy, Miera, & Zati dengan bantuan Ejok & Redha sebangai pemandu pelancong tak berbayar ye...

Ohh kami booking tiket dah lama sebenarnya, so dapatla harga yang berpatutan dari Air Asia. Ok jum tgk gambar2 ye...
 Aku and Zati

at Kampung Budaya - Persembahan Kebudayaan Sarawak

All of us at Kampung Budaya

Best sangat dapat datang Sarawak setelah hampir 2 tahun meninggalkan Bumi Kenyalang ni. Siapa kata Sarawak tak best??? huhu ( oke aku lah tu for the 1st time pegi sana)


Then, for trip 2, aku pegi Sarawak wif my mom & angah..Trip kali ni purposely untuk tengok abang aku yang tamat latihan di PULAPOL KUCHING...

 Abang ku yang dah terbakar ( pssstttt semua pelatih muka jadi same jek..TERBAKAR!!! )

Bersedia untuk Kawad

 OKEEE NEXTT PLZZZ!!!~~~

Trip yang ke 3 wif family dari kampung- Mak Lang, Pak Lang, Mak Chaq, Pak Chaq and of course me and my mom..

Tiket ni memang dah book lama, lebih kurang 6 bulan awal..So, nak tak nak kena la terbang buat kali ke- 3 ke Sarawak lagi...

Trip kali ni kami berjalan sakan sebabnya sewa van dan ada pemandu pelancong BERBAYAR...Sehari dalam RM 250 - 300...

Jom tgk apa lagi ada di Sarawak..

 Jejak kasih wif family yang dah tak jumpa lebih kurang 30 tahun..maksudnya, aku tak pernah jumpa

 @ Serikin - agak panas cuaca di sini sebab orang local cakap Serikin berada betul2 di bawah garisan khatulistiwa...

 Pemprosesan Sarang Burung Layang-layang 
(katenya baik utk kesihatan tapi aku tak lalu la tgk...Yang penting sangat mahal..heheee)


 Kilang Pasu -tempat utk para ibu memborong segala jenis pasu

 Di Pantai Damai Santubong - Putri Santubong, Putri Sejinjang..lalalalalala~~~~

 Sempat melawat Orang Utan di Semenggoh Wild Life

Ni di Pasar Satok, tempat para ibu memborong ikan terubok masin.Harganya boleh dirunding mengikut kepandaian masing-masing..huhu


Setakat ni jela yang dapat aku kongsikan, tapi sebenarnya sangat banyak tempat yang aku lawat di Sarawak antaranya Muzium Negeri, Muzium Kuching, Kedai Kek Lapis dan tempat makan yang best best..

Nanti bila-bila kita share pasal makanan Sarawak plak ye....

C-ya for da next entry...

P/S : Banyak berjalan luas pandangan