Friday, June 21, 2013

The middle 2013

Hola dear blog ku...

Tahun 2013 sudah masuk bulan June dan hampir ke penghujungnya. Tapi ini adalah first entry aku untuk this year.. Nampak tak? Busy rupanya bila dah kerja. Amekkk kau..hehehe..

Banyak benda terjadi dalam tahun ini gembira, sedih, tension, semuanya lengkap tapi tak sempat untuk aku meluahkan dalam blog ni. Selalunya, semua benda akan tercatat disini. So, harini aku akan cuba update serba sikit even sepanjang 6 bulan pertama tahun 2013.

Lets check it out!

Bulan January
Aku mula training di Malaysia Airport. Tempat practical lama aku yang memang banyak memori. Aku suka environment tempat kerja dan paling penting, dekat dengan rumah. Kerja macam biasa, tension + penat memang ada. Tapi alhamdulilah, aku dikurniakan kawan-kawan yang sangat best dan supportive. Boleh kata sekepala jugak cuma aku je yang agak pendiam. I know that.Sebab kawan-kawan ni lah, aku excited nak pergi kerja dan nak tunggu waktu rest, so kitorg boleh kesana-kesini mencari makan..Next...


Pstttt, bulan January jugak aku happy dapat tengok artis-artis korea datang ke Malaysia untuk event Samsung Galaxy Disc Award. Antara yang ada, T-ARA, KARA, G-D,MISS A, SISTA & a lots. Tak dapat nak recall sebab ramai sangat.. So awesome. sekarang baru aku dapat update event ni. Seriously dorg sangat cantik...
Samsung Galaxy Golden Disc Award

February
What so special? Oh of course sebab im still alive. Perkara biasa yang rutin org lain lakukan. Kerja dan balik kerja. No activities. Setakat keluar tengok wayang  jek untuk release tension. Kerja makin banyak dan dah mula masuk dalam zone tension tahap pertama. Baru aku sedar bukan senang bila kerja. Masa dah makin limited. So, appreciate lah parents kita yang kerja selama ini membesarkan kita.

Mac - April
Yuhuuu, hari silih berganti. Bulan berganti bulan, banyak interview yang aku attend tapi belum membuahkan hasil. Oh, ye aku agak cerewet mencari kerja. Itu ini tak boleh dan akibatnya sampai sekaranglah masih mencari kerja yang boleh menjamin hidup aku untuk masa depan. Ohhh really hard. I dont like interview. Just ambik laaa kerja & you will know, i can do it !

Haa..bulan April jugak aku berkesempatan ke Kota Kinabalu. Impian sekian lama terlaksana. Dah lama aku plan nak pergi ke KK, Sabah ni tapi tak berpeluang. What can I say, Sabah is beautiful place & superb. I will come back one day. Teruja tengok Gunung Kinabalu yang sangat tinggi bagi aku. Al-maklumlah sebelum ni tengok gunung & bukit yang rendah saja. Sekali, tengok Gunung Kinabalu depan mata. Amazing..

Gunung Kinabalu di belakang kami

Bersnokling beramai-ramai

May
This month agak menarik sebab dapat balik Kedah untuk majlis pertunangan abang aku. Seperti biasa, hantaran aku lah yang akan buat. Susah mengubah hantaran sebab aku tak la ada kepakaran. Just buat apa yang termampu untuk bagi hasil yang terbaik untuk abang aku. At last, memang ramai puji dengan hantaran yang bertemakan purple putih. TQ.

June
Ermm, bercakap tetntang kerja, buat aku jadi super tension. Dah masuk dalam zone dangerous. Rasa macam boleh ke aku tahan untuk jangka masa panjang untuk bekerja? Macamana la orang yang kerja berpuluh tahun buat kerja yang sama. Tak stress ke. Aku baru kejap je, dah complain itu ini. Tak bagus sebenarnya, tapi apakan daya. Aku manusia biasa yang punya kelemahan.

Bulan June jugak buat aku happy sebab Kim Jong Kook from Running Man datang ke Malaysia untuk first showcase. Dah lama aku nantikan saat untuk tengok depan mata ahli running man ni. Wow, angau sekejap dengan Sparta Kim Jong Kook. Bulan september ni, kalau tak ada halangan, aku akan catch Running Man yang dijangka hadir untuk sesi bertemu peminat. Yeahh, i am one of RM fans.

Kim Jong Kook showcase

Itu saja update from January until June. Aku harap bulan depan akan jadi lebih baik dari yang sebelum ini.Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, jadi sama-samalah kita membetulkan apa yang kita rasa kurang sebelum ni. Itu sahaja for tonite.

Thanks blog cuz still alive for me..