Wednesday, December 12, 2012

Wedding , Engagement here & there

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Banyak betul jemputan kahwin sejak akhir-akhir ni. Tiap weekend confirm tak ada aktiviti lain selain, menghadiri perkahwinan kenalan. Wahh bila tengok orang kawen mula terfikir bila masa aku nanti, apa tema majlis..hahaha..Nak makan apa, pelamin macamana.. Ambik ilham la kira bila pegi wedding kwn-kwn ni, tgok apa yang patut.hehee

Oh kalau tanya aku mestila lambat lagi. Kerja pun kemana hala ini kan nak fikir pasal kawen, memang belum lah. Tapi apa yang aku nampak sekarang, majlis perkahwinan tak ada 1 pun yang simple. Semuanya wow tahap artis gituu..hehe..Pelamin mau tak mau 3 panel atleast.. Kad kahwin mmg bukan harga 30 sen la..Tak tau la berapa yang dorang habiskan untuk majlis tu..

So, bila difikir-fikirkan balik, memang kena menabung dalam jangka masa yang panjang sikit lah untuk memastikan dapat buat satu majlis yang meninggalkan memori yang indah buat kita & pasangan.huhu..Statement PANAS!! :)

Apa-apa pun happy tengok kawan-kawan yang bertunang & dah berkahwin. Nanti ramai-ramai upload gambar anak pula..hehe..So cute..Satu-satu perjalanan hidup kita dapat lihat & semoga semuanya dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat.Amin~

For me, semoga dipermudahkan hubungan kali ini. Amin~~

No comments: