Sunday, December 16, 2012

The Hobbit Unexpected Journey 2012

Haiii... Aloha semua! Jeng jeng..Update terbaru! I already watched The Hobbit Unexpected Journey.. Review sikit lah yea...

The Hobbit yang cute (google image)

The Hobbit ini mengisahkan pengembaraan beberapa orang Hobbit (si kerdil) untuk menuntut bela tempat tinggal mereka yang telah di ambil oleh seekor naga jahat pada suatu ketika dahulu. Dalam pengembaraan ni, mereka telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran sebelum tiba di sebuah gunung milik mereka suatu ketika dahulu yang di panggil The Lonely Mount.

Sebenarnya The Hobbit ni adalah antara sequal The Lord of The Rings(LOTR)..Kiranya ini adalah cerita sebelum LOTR. Sambungannya The Hobbit adalah LOTR if Im not mistaken.hehe..

Ada Gandalf, Hobbit dan kaum Elve tu..Lupa sudah namanya sebab aku bukan lah pengikut setia LOTR.heeehe..Haaa satu lagi sapa yang suka duduk dalam panggung lama-lama bolehla menonton The Hobbit sebab durasinya agak panjang lebih kurang 3jam..

Seperti biasa, apa yang boleh di puji mestilah mengenai teknologi yang digunakan. I love it. Hope Malaysia will come out with this type of movie. Sangat adventure dan sesuatu yang tidak mudah :)

So nak tau apa jadi pada sekawan Hobbit ni ? Silalah ke panggung yang berdekatan. Aku rate kan cerita ni 3 bintang sebab ada sikit mengecewakan aku...Jangan marah yek kawan-kawan.

Love ya & See ya~~

Wednesday, December 12, 2012

Wedding , Engagement here & there

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Banyak betul jemputan kahwin sejak akhir-akhir ni. Tiap weekend confirm tak ada aktiviti lain selain, menghadiri perkahwinan kenalan. Wahh bila tengok orang kawen mula terfikir bila masa aku nanti, apa tema majlis..hahaha..Nak makan apa, pelamin macamana.. Ambik ilham la kira bila pegi wedding kwn-kwn ni, tgok apa yang patut.hehee

Oh kalau tanya aku mestila lambat lagi. Kerja pun kemana hala ini kan nak fikir pasal kawen, memang belum lah. Tapi apa yang aku nampak sekarang, majlis perkahwinan tak ada 1 pun yang simple. Semuanya wow tahap artis gituu..hehe..Pelamin mau tak mau 3 panel atleast.. Kad kahwin mmg bukan harga 30 sen la..Tak tau la berapa yang dorang habiskan untuk majlis tu..

So, bila difikir-fikirkan balik, memang kena menabung dalam jangka masa yang panjang sikit lah untuk memastikan dapat buat satu majlis yang meninggalkan memori yang indah buat kita & pasangan.huhu..Statement PANAS!! :)

Apa-apa pun happy tengok kawan-kawan yang bertunang & dah berkahwin. Nanti ramai-ramai upload gambar anak pula..hehe..So cute..Satu-satu perjalanan hidup kita dapat lihat & semoga semuanya dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat.Amin~

For me, semoga dipermudahkan hubungan kali ini. Amin~~

Sunday, December 9, 2012

My Graduation Day - Degree

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Holaaa everybody! Happy happy happy day! At last hari aku bergraduasi telah pun selesai. Alhamdullillah segala penat lelah semasa belajar telah terlaksana. Thanks to Allah who gives me strength to complete my degree. Syukur~

Jutaan terima kasih tak terhingga kepada mak & ayah yang banyak berhabis duit belanja dan tenaga untuk memastikan anak-anak dapat segulung ijazah yang mungkin tidak dapat mereka miliki suatu ketika dahulu. Inilah hadiah paling bernilai yang boleh diberikan kepada mereka.

Konvokesyen kali ni sangat best sebab tiada apa yang menyerabutkan kepala aku dan tak ada apa yang menyakitkan hati walaupun ada kekurangan dari aspek kemeriahan, but still OK. Semua happy je. Thanks to Nabila & Zizi yang datang meraikan hari bermakna ini. Dapat jugak bunga.yeaa! Love it~~

Actually, aku sangat nervous nak terima scroll haritu..Takut tergelincir lah, takut topi jatuh la..Everything makes me nervous. Tapi, akhirnya settle dengan jayanya.hehe. Lets check it out a few pictures during this convocation day.

 Ayah & Mak yang datang meraikan kejayaan ni... TQ

Me with my sister Nabila 

 Akhirnya kami berdua tamat belajar sebagai pelajar ijazah... Nani & Zati~~

Love @ Putrajaya 

Depan Dewan Agong Tuanku Cancelor: Dewan yang bersejarah bagi pelajar UiTM. 
Uitm di hatiku~

Thats all guys! Congrates to myself. Segala kesakitan kini telah berbayar. Bonus akan tiba jika teruskan usaha~ Good luck Nanie~

Saturday, December 1, 2012

Masak-masak

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan pembaca blog :)

Hari ni dah masuk bulan December untuk tahun 2012. Tak lama je lagi nak masuk tahun baru kan.Masa berlalu sungguh pantas. So, welcome December goodbye November!~

Permulaan bulan December ni aku sangat rajin.hehe.Puji diri sendiri je lah, tak ada orang nak puji kan.hehe. Kenapa aku rajin? Tak ada reason yang specific, tapi aku rajin MEMASAK je.. Ni semua pengaruh Masterchef la yang membuatkan aku giat mencuba resepi-resepi baru.

Sebut saja apa yang terasa nak makan, google dalam internet resepinya, beli barang dan masak.Simple kan...huhu.. Tapi tak la semua yang aku buat menjadi. It's OK, at least try the best.

Jom tengok apa yang aku masak hari ni.Lets check it out!~~

Ok ni adalah LASAGNA. Dah lama aku nak buat dan hari ni baru berkesempatan. Selalu pergi Alamanda , makan test food Lasagna ni. hehe.Suka hati je!

Lasagna yang sedang di bakar dalam oven. Macam ni lah rupanya... 

Lasagna yang sudah di potong. Yummy! Very cheesy! Boleh tahan lah rasanya walaupun baru pertama kali buat ni.

Selain tu, aku dah lama jugak mengidam nak buat Portuguese Egg Tart sendiri so, harini lah segalanya terlaksana. Macam mana rupa? Jom tengok...

 Egg Tart yang telah siap dibakar...

Rasanya boleh diterima. Cuma aku tak pandai sangat nak buat puff pastry. Next time nak belajar lagi. Mana tau boleh jadi punca rezki nanti.

Lepas ni aku nak cuba resepi lain pula & will update soon! Yummy yummy food makes me become fatty.haaaaa.. Tunggu apa jadi seterusnya ya! Pen off now~~~