Saturday, November 10, 2012

First Time Catering

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang singgah~~

Hai dah masuk bulan November kan.Kejap je rasa macam tak percaya pun ada dah nak habis tahun. :) Tapi itu bukan persoalan untuk entry kali ni. Haa aku nak cerita pasal first time aku amek tempahan makanan.Selalunya aku masak FREE je. Kali ni berbayar OK. Ada kelasssss kau Nani... :)

Ni sebab adik aku si Nabila la, pandai-pandai rekemen aku kat kawan office dia. Tak pasal-pasal aku terjebak dengan catering ni. Tapi tak la banyak sikit je. Aku takut laa, masak untuk family makan dengan orang makan berbeza sebab family dah biasa dengan masakan kita. Orang luar tak tau boleh terima tak tambah-tambah bayar utk makanan tu. Apa yang dorang nak, MAKANAN SEDAP! Thats All~

Aku masak untuk 20 orang je. 20 orang pun kalau masak sorang2 tak ke rasa agak penat dan risau tak jadi. Sebelum tidur aku bertungkus lumus memerap ayam dengan segala jenis bahan dari resepi aku. Esoknya, pukul 4.30 pagi aku dah bangun masak sebab si Nabila nak bawak pergi office pukul 8 pagi. Rasa macam orang berniaga pulak. Tong tang tong tang bunyi kat dapur pagi2..hehe.

Nasi aku masak 12 pot dan ayam 3 ekor.. Amekkk kau! Dengan Sup nya, Sambal lagi, Kicap lagi. Isk isk ni ke keje aku sebagai penganggur?. Ni kira aku buat sehabis mampu lah sebab kesian plak bila ada orang tempah & bayar tapi rasa tak sedap. So, aku buat all out nasi ayam ni. Apa yang paling risau ? Takut nasi mentah. Tapi alhamdullilah, masak elok la~

Dalam pukul 7 pagi siap lah semua & packing2 kasi lah adikku bawak g office. Selagi dorang tak makan nasi ayam tu, aku rasa tak senang duduk. Rasa macam nak suruh dorang pergi beli nasi lain je ganti nasi aku sebab takut la orang tak makan. Tapi at last dapat feedback yang positive & makanan pun habis. Yeaaaa berjaya. So harap kawan Nabila yang tempah Nasi Ayam dengan aku berpuas hati. First time tu amek catering.

Tengok-tengok..Leh tak jadi catering ni? heheee

Boleh makan pun jadi lah kan~~ :)

Lepas ni tengoklah kalau rajin, amek lagi lah kalau larat & berkemampuan nak buat sorang-sorang. Tak ada assistant pun nak tolong. Omo omo! Macam ni rupanya perasaan orang berniaga~~~

Oke. itu aje ceritanya...:) Tata~~~

No comments: