Friday, November 30, 2012

It's My Turn!!!

As-salam & hai everybody!

It's my turn!! what? Ohh benda ni aku dah tunggu sekian lama, lebih kurang 2 tahun setengah untuk dapat iaitu... SEGULUNG  IJAZAH.. segulung je pun...

Walaupun hanya segulung tapi ia sangat bermakna untuk aku sebab banyak perkara dah aku tempuh untuk dapat segulung ijazah ni. Jatuh bangun semua terkandung dalam segulung ijazah ni. Penuh air mata, suka dan duka. Thanks all, family, friends, love, & lecturers.

I'm proud with myself! Wait 5 December! I'll make sure I'm happy on that day. It will not be the same as Diploma time..

Jubah untuk konvo pun dah ambik so just tunggu hari untuk terima scroll je lah. Now belum ada picture yang berjaya di capture! 5 December 2012 pasti ada untuk tatapan dan kenangan anak cucu.

Masa sekolah rendah dulu selalu buat karangan nak masuk menara gading. Kira dah terlaksan impian kanak-kanak ku untuk hadiahkan segulung ijazah ni untuk both of my parents & family.

Ada lagi cita-cita belum terlaksana iaitu untuk dapat kerja yang tetap dan stabil! Aku akan berusaha ke arah tu. Ini saja buat masa sekarang. Will update soon! Taata~~

Tuesday, November 27, 2012

2nd Time : Twilight Breaking Dawn Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang singgah ke blog ni~~~ :)

Hah kan aku dah cakap dalam previous entry yang aku akan tengok Twilight buat kali ke dua telah terlaksana. Hmmm bukan sebab aku ni penggemar Twilight tetapi sebab memenuhi permintaan orang yang nak ajak tengok movie ni. So, ikutkan aje.

Kali ni dapat tengok dengan selesa sebab seat belakang sekali dan screen yang super marvelous.hehee. Dapat lah catch up a few scene yang termiss masa tengok for the first time. :) Lagi pun kali kedua ni, 2D version , gambar lebih jelas le bezanya.hehe

Nak puji extravanganza pun tak boleh jugak sebab bagi aku ceritanya boleh di layan cuma, if you are not Twilight Fans, you'll become me.. Banyak persoalan yang berada di minda.heheeee.

Suka tengok muka Kristen Stewart yang lovely tu. Filem Snow White & Huntsman yang dia berlakon sebelum ni pun not bad. Good luck Kristen!

 Kristen Stewart

So thats all~ tunggu review HOBBIT pulak lepas ni ye. Movie yang akan aku catch up after this.hehee :)

Saturday, November 24, 2012

Twilight Breaking Dawn- Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai, aku bukan nak bagi link untuk download atau sinopsis cerita ni, tapi just nak bagitau aku dah tengok movie ni. Hehe..Kenapa nak bagitau? Saje la sebab ni kali pertama aku tengok Twilight di panggung wayang. Sebelum ni aku tak ikut pun movie ni. If ada orang ajak tengok pun, aku tak berapa berminat sebab tak follow dari awal. Oleh sebab Angah nak belanja semalam, redah je tengok Twilight sebab rata-rata kawan yang dah tengok cakap best..

google image: Twilight Breaking Dawn

Ok pendapat aku la.Best tu memang best tapi sebab aku tak follow dari awal, banyak benda yang aku asyik tanya je dekat Adik & Angah aku. Mungkin lepas ni aku akan tengok buat kali ke dua dengan Azizi plak.

So pada penggemar Twilight, agak-agak ada tak sambungan lagi? Novel ada sambung or tak? Keep watching ya!

Sunday, November 18, 2012

Istanbul Aku Datang kali ke 2!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...

Ho ho ho hoyeaaaa! 2 kali dah aku tengok Istanbul Aku Datang! Tak jemu pun. First time pergi dengan Nana & Nabila, 2nd time pergi dengan Lovey Dovey Azizi.

Walaupun 2 kali tengok still tak jemu. Nampak sangat aku memang peminat Lisa Surihani! hehe. Sekarang aku dah mula suka dengan lakonan Beto Kushairy yang sangat natural & selamba. : )

Kalau la Filem Malaysia ada kualiti macam "Istanbul Aku Datang " ni, for sure industri filem negara akan berkembang dan tak ada la orang kita asyik mengutuk cerita tempatan. So, kepada pembikin filem, think about this!

Quality is important thing!

See Ya~

XOXO! ( ala-ala "Istanbul Aku Datang" )

Saturday, November 17, 2012

Only u know your heart

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Betul tak tajuk ni?

Hanya hati kita sendiri yang memahami perasaan sendiri. Tak kira la macam mana kita cuba buat orang faham kan.?

So, sangat susah nak faham apa orang lain rasa kecuali perasaan sendiri. Kena guna sixth sense & logical analysis lah if nak baca hati dan perasaan orang. : )

Thats All~

p/s : Rezki masing-masing. Jangan risau, ada untuk anda.

Thursday, November 15, 2012

Istanbul Aku Belum Datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai bloggers! Apa Khabar? Salam Maal Hijrah kepada semua muslimin...

Hari ni aku nak buat movie review sikit lah ye mengenai ISTANBUL AKU DATANG! tapi aku belum datang lah.hehe..

Ini pendapat peribadi aku ye. Filem ni best dan menarik sebab sweet2 kelakar gitu. Mungkin pada yang tak suka comedy love story, x minat kot dengan cerita ni. Tapi yang aku nampak, rata-rata komen positive mengenai filem lakonan LISA SURIHANI, BETO KUSHAIRI & TOMOK.


Filem ni adalah antara filem terbaik melayu untuk tahun 2012 bagi pendapat aku. Semua scene yang di lakonkan di Istanbul membuatkan aku teringin nak pergi negara tu. Sesiapa yang belum tengok boleh la pergi tengok ye. Thats All!~

nota akhir: Dapat jugak hang out with my bestie NANA & my sista NABILA.. Best kan cerita ni :)

Saturday, November 10, 2012

First Time Catering

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang singgah~~

Hai dah masuk bulan November kan.Kejap je rasa macam tak percaya pun ada dah nak habis tahun. :) Tapi itu bukan persoalan untuk entry kali ni. Haa aku nak cerita pasal first time aku amek tempahan makanan.Selalunya aku masak FREE je. Kali ni berbayar OK. Ada kelasssss kau Nani... :)

Ni sebab adik aku si Nabila la, pandai-pandai rekemen aku kat kawan office dia. Tak pasal-pasal aku terjebak dengan catering ni. Tapi tak la banyak sikit je. Aku takut laa, masak untuk family makan dengan orang makan berbeza sebab family dah biasa dengan masakan kita. Orang luar tak tau boleh terima tak tambah-tambah bayar utk makanan tu. Apa yang dorang nak, MAKANAN SEDAP! Thats All~

Aku masak untuk 20 orang je. 20 orang pun kalau masak sorang2 tak ke rasa agak penat dan risau tak jadi. Sebelum tidur aku bertungkus lumus memerap ayam dengan segala jenis bahan dari resepi aku. Esoknya, pukul 4.30 pagi aku dah bangun masak sebab si Nabila nak bawak pergi office pukul 8 pagi. Rasa macam orang berniaga pulak. Tong tang tong tang bunyi kat dapur pagi2..hehe.

Nasi aku masak 12 pot dan ayam 3 ekor.. Amekkk kau! Dengan Sup nya, Sambal lagi, Kicap lagi. Isk isk ni ke keje aku sebagai penganggur?. Ni kira aku buat sehabis mampu lah sebab kesian plak bila ada orang tempah & bayar tapi rasa tak sedap. So, aku buat all out nasi ayam ni. Apa yang paling risau ? Takut nasi mentah. Tapi alhamdullilah, masak elok la~

Dalam pukul 7 pagi siap lah semua & packing2 kasi lah adikku bawak g office. Selagi dorang tak makan nasi ayam tu, aku rasa tak senang duduk. Rasa macam nak suruh dorang pergi beli nasi lain je ganti nasi aku sebab takut la orang tak makan. Tapi at last dapat feedback yang positive & makanan pun habis. Yeaaaa berjaya. So harap kawan Nabila yang tempah Nasi Ayam dengan aku berpuas hati. First time tu amek catering.

Tengok-tengok..Leh tak jadi catering ni? heheee

Boleh makan pun jadi lah kan~~ :)

Lepas ni tengoklah kalau rajin, amek lagi lah kalau larat & berkemampuan nak buat sorang-sorang. Tak ada assistant pun nak tolong. Omo omo! Macam ni rupanya perasaan orang berniaga~~~

Oke. itu aje ceritanya...:) Tata~~~