Saturday, October 27, 2012

Raya Lagi - Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

SELAMAT HARI RAYA (google image)

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan musliman. Macamana Raya Korban tahun ni? Banyak makan daging? Maklumlah mesti ramai yang sedekah daging korban kan.hehe. Jangan sampai pening sudah yek!

Bagi aku sekeluarga, biasa aje lah raya haji ni.Bukan biasa apa, maksudnya dari segi sambutan tak ada la semeriah Raya Aidil Fitri. Lemang tu ada, tapi beli je lah.huhuhu. Daging korban tak ada.Kalau dulu kat kampung best gila raya korban ni sebab mesti dapat banyak daging korban. Masakan famous mestilah bihun sup.Yummy yummy! Teringin jugak ingat masa arwah atok(kitorg panggil "ayah")  ada lagi. Sekarang, nahi kabhi nahi~~ :)

Harini, mak masak laksa utara. Ok ler.Ni menu kebiasaan kitorg bila raya atau ada apa-apa majlis. Best jugak walaupun sederhana. Apa yang penting sebenarnya maksud "KORBAN" tu sendiri. Mungkin kita kurang faham tentang sambutan Hari Raya Aidil Adha ni. Boleh lah cari lepas ni eh, apa maksudnya.. :)

Tak kira kecil atau besar, pengorbanan itu akan mendewasakan seseorang. Apa pengorbanan kita? Mari kita fikir-fikirkan. Mesti ada punya walau kecil sekalipun.

Setakat ini dulu entry Raya Korban kali ni. Tak ada apa yang menarik, cuma ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada readers yang singgah ke laman ku ini. Jumpa lagi :)

No comments: