Monday, October 29, 2012

Masterchef di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai, tengok tak masterchef harini? Si Fizuan tak berjaya dapat pin kebal sebab kalah dengan chef jemputan tu. Apa pun best gak tengok gelagat si Fizuan tadi.. Good Job!

Aku plak tak pandai la masak mcm masterchef semua tu. Dorang ni kira PRO la walaupun selalu je kena complain dengan 3 Juri/Chef Pro tu. Dalam masa yang ditetapkan, dorg dapat sediakan makanan yang superb & marvelous. Satu ciptaan baru yang terfikir pada masa tu. Pandaikan masterchef2 ni.

So, aku plak ada angan-angan nak masak macam masterchef ni, tapi kekurangan bahan dan perkakasan memasak membataskan sikit sebanyak minat ni. But, i already try a few dishes that i never made before...

Jom saksikan masterchef di rumah :)

Gambar bawah ni, adalah doh untuk bun yang aku nak roll kan dengan sosej. Nampak tak betapa gebunya hasil ulian aku..huuuhu...Ni first time buat, belum ada skill lagi nak buat roti ni. Maklumlah, dekat rumah tak ada bread maker ke namanya mesin tu. If ada mungkin akan lebih gebu & menjadi.

Doh untuk Sosej Bun

Haaaaa Tadaaaaaa!~ Inilah hasilnya. Sosej Bun yang aku sediakan untuk minum petang tadi. Look very nice walaupun tak lah secantik roti di kedai. Rasa, boleh diterima walaupun agak kosong. Kalau di masukkan sedikit cheese, mungkin lagi sedap. :) cewah macam komen dalam masterchef plak..huhuhu.

 Sosej Bun yang sudah di bakar

Oke. itu cerita sosej bun..Bawah ni plak antara cubaan aku untuk buat karipap. Kononnya ala-ala IKEA. Kenapa namanya ala-ala IKEA ?? Ohh sebabnya, dalam inti daging tu, aku letak kan telur rebus macam karipap yang kita beli di IKEA tu. Tapi rasanya sedikit mengecewakan sebab dalam doh asal karipap ni, aku terletak lebih garam. Jadinya masinnnnnn! Inti boleh tahan lah. Bentuknya agak kesian oleh sebab, aku ni mana la tau klim karipap tu. Nanti ingat nak beli pengelim karipap, so senanglah nak buat nanti.

Karipap Kesian Ala IKEA

Itu ajelah masakan yang aku nak kongsikan buat masa ni.Nak resepi silalah google.Banyak je ada.huuuhu. If lauk pauk tak payah cerita la.Tiap hari aku masak 2 jenis lauk AT LEAST. Kalau nk upload gambar memang tak terdaya la. Sekarang aku dah jadi tukang masak di rumah. Senang hati orang rumah aku kan..heeehe...

Oke lah..nanti sambung lagi eh.Byeeeeeeeeeeee

No comments: