Tuesday, October 30, 2012

K-Pop Fans

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai K-Pop Fans semua! Aku sekarang dah jadi K-Pop Fans..hehe..Tak tau mana datangnya minat ni. Mungkin sebab selalu tengok drama korea & variety show korea ni. Minat ni dah makin melampau sebab ringtone pun dah guna lagu korea.Memang dah termasuk dalam golongan Fans Korea rupanya tapi belum sampai tahap fanatik.huhu...

Drama korea yang terbaru aku tengok adalah Bachelors Vegetable Store. Sebab utama aku tengok sebab ada LEE KWANG SOO Running Man!~ Terminat plak dekat mamat ni sebab dia kelakar. Cerita ni not bad. Then, drama seterusnya aku layan, My lovely is Kim Sam Soon. Haaa citer ni pun romantik yang kelakar & pelakon utama Hyun Bin.Uhukk uhuk.Nampak tak demam korea? Lepas habis drama tu, aku sambung lagi tengok Goong sebab pelakon semua yang best! Of course sebab ada SONG JI HYO Running Man & Eun Hye yang cute tu.Boleh tahan best lah.

Running Man (google image)
Aku tunggu je bila la Running Man nak datang Malaysia.hehe. :)

 Bachelor's Vegetable Store (google image)

Goong (google image)

My lovely Kim Sam Soon (google image)

Dulu memang ada ikut drama korea ni, tapi sekarang dah jadi minat dari semua segi. Kumpulan K-Pop paling aku minat sekarang GIRL GENERATION (SNSD). Kau gileeee, aku boleh minat semua ni.hehee. Group lain pun minat jugak seperti KARA &T-ARA. Minat gitu2 lah. Dorang sangat cantik OK!

SNSD a.k.a Girls Generation (google image)

Satu lagi, cita-cita aku sekarang nak sampai KOREA one day. Tak kira lah pergi dengan sape tapi aku nak lawat Korea sebab ada banyak tempat yang menarik. Bila ada je orang Korea aku jumpa, aku mesti rasa excited sebab suka sangat dengar dorg cakap. Nada & lenggok slang korea best.hehee..

Haaaa nampak sangat kan aku pun dah mula minat K-Pop ni. Tapi aku rasa tak salah sebab aku ni jenis akan minat pada muzik yang best. Lagu Melayu yang best pun aku minat (jangan salah anggap ye artis Malaysia).Bajet je artis nak baca blog aku.huhuhu.

Betullah orang cakap, muzik boleh menyatukan masyarakat walaupun kita tak faham maksud di sebalik lirik-liriknya. Emmm, disebabkan aku belum kerja, so kerja aku layan drama Korea la. Ok la, nak cari drama yang boleh di layan sekarang. See ya next entry...

No comments: