Tuesday, October 30, 2012

K-Pop Fans

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai K-Pop Fans semua! Aku sekarang dah jadi K-Pop Fans..hehe..Tak tau mana datangnya minat ni. Mungkin sebab selalu tengok drama korea & variety show korea ni. Minat ni dah makin melampau sebab ringtone pun dah guna lagu korea.Memang dah termasuk dalam golongan Fans Korea rupanya tapi belum sampai tahap fanatik.huhu...

Drama korea yang terbaru aku tengok adalah Bachelors Vegetable Store. Sebab utama aku tengok sebab ada LEE KWANG SOO Running Man!~ Terminat plak dekat mamat ni sebab dia kelakar. Cerita ni not bad. Then, drama seterusnya aku layan, My lovely is Kim Sam Soon. Haaa citer ni pun romantik yang kelakar & pelakon utama Hyun Bin.Uhukk uhuk.Nampak tak demam korea? Lepas habis drama tu, aku sambung lagi tengok Goong sebab pelakon semua yang best! Of course sebab ada SONG JI HYO Running Man & Eun Hye yang cute tu.Boleh tahan best lah.

Running Man (google image)
Aku tunggu je bila la Running Man nak datang Malaysia.hehe. :)

 Bachelor's Vegetable Store (google image)

Goong (google image)

My lovely Kim Sam Soon (google image)

Dulu memang ada ikut drama korea ni, tapi sekarang dah jadi minat dari semua segi. Kumpulan K-Pop paling aku minat sekarang GIRL GENERATION (SNSD). Kau gileeee, aku boleh minat semua ni.hehee. Group lain pun minat jugak seperti KARA &T-ARA. Minat gitu2 lah. Dorang sangat cantik OK!

SNSD a.k.a Girls Generation (google image)

Satu lagi, cita-cita aku sekarang nak sampai KOREA one day. Tak kira lah pergi dengan sape tapi aku nak lawat Korea sebab ada banyak tempat yang menarik. Bila ada je orang Korea aku jumpa, aku mesti rasa excited sebab suka sangat dengar dorg cakap. Nada & lenggok slang korea best.hehee..

Haaaa nampak sangat kan aku pun dah mula minat K-Pop ni. Tapi aku rasa tak salah sebab aku ni jenis akan minat pada muzik yang best. Lagu Melayu yang best pun aku minat (jangan salah anggap ye artis Malaysia).Bajet je artis nak baca blog aku.huhuhu.

Betullah orang cakap, muzik boleh menyatukan masyarakat walaupun kita tak faham maksud di sebalik lirik-liriknya. Emmm, disebabkan aku belum kerja, so kerja aku layan drama Korea la. Ok la, nak cari drama yang boleh di layan sekarang. See ya next entry...

Monday, October 29, 2012

Masterchef di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai, tengok tak masterchef harini? Si Fizuan tak berjaya dapat pin kebal sebab kalah dengan chef jemputan tu. Apa pun best gak tengok gelagat si Fizuan tadi.. Good Job!

Aku plak tak pandai la masak mcm masterchef semua tu. Dorang ni kira PRO la walaupun selalu je kena complain dengan 3 Juri/Chef Pro tu. Dalam masa yang ditetapkan, dorg dapat sediakan makanan yang superb & marvelous. Satu ciptaan baru yang terfikir pada masa tu. Pandaikan masterchef2 ni.

So, aku plak ada angan-angan nak masak macam masterchef ni, tapi kekurangan bahan dan perkakasan memasak membataskan sikit sebanyak minat ni. But, i already try a few dishes that i never made before...

Jom saksikan masterchef di rumah :)

Gambar bawah ni, adalah doh untuk bun yang aku nak roll kan dengan sosej. Nampak tak betapa gebunya hasil ulian aku..huuuhu...Ni first time buat, belum ada skill lagi nak buat roti ni. Maklumlah, dekat rumah tak ada bread maker ke namanya mesin tu. If ada mungkin akan lebih gebu & menjadi.

Doh untuk Sosej Bun

Haaaaa Tadaaaaaa!~ Inilah hasilnya. Sosej Bun yang aku sediakan untuk minum petang tadi. Look very nice walaupun tak lah secantik roti di kedai. Rasa, boleh diterima walaupun agak kosong. Kalau di masukkan sedikit cheese, mungkin lagi sedap. :) cewah macam komen dalam masterchef plak..huhuhu.

 Sosej Bun yang sudah di bakar

Oke. itu cerita sosej bun..Bawah ni plak antara cubaan aku untuk buat karipap. Kononnya ala-ala IKEA. Kenapa namanya ala-ala IKEA ?? Ohh sebabnya, dalam inti daging tu, aku letak kan telur rebus macam karipap yang kita beli di IKEA tu. Tapi rasanya sedikit mengecewakan sebab dalam doh asal karipap ni, aku terletak lebih garam. Jadinya masinnnnnn! Inti boleh tahan lah. Bentuknya agak kesian oleh sebab, aku ni mana la tau klim karipap tu. Nanti ingat nak beli pengelim karipap, so senanglah nak buat nanti.

Karipap Kesian Ala IKEA

Itu ajelah masakan yang aku nak kongsikan buat masa ni.Nak resepi silalah google.Banyak je ada.huuuhu. If lauk pauk tak payah cerita la.Tiap hari aku masak 2 jenis lauk AT LEAST. Kalau nk upload gambar memang tak terdaya la. Sekarang aku dah jadi tukang masak di rumah. Senang hati orang rumah aku kan..heeehe...

Oke lah..nanti sambung lagi eh.Byeeeeeeeeeeee

Saturday, October 27, 2012

Raya Lagi - Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

SELAMAT HARI RAYA (google image)

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan musliman. Macamana Raya Korban tahun ni? Banyak makan daging? Maklumlah mesti ramai yang sedekah daging korban kan.hehe. Jangan sampai pening sudah yek!

Bagi aku sekeluarga, biasa aje lah raya haji ni.Bukan biasa apa, maksudnya dari segi sambutan tak ada la semeriah Raya Aidil Fitri. Lemang tu ada, tapi beli je lah.huhuhu. Daging korban tak ada.Kalau dulu kat kampung best gila raya korban ni sebab mesti dapat banyak daging korban. Masakan famous mestilah bihun sup.Yummy yummy! Teringin jugak ingat masa arwah atok(kitorg panggil "ayah")  ada lagi. Sekarang, nahi kabhi nahi~~ :)

Harini, mak masak laksa utara. Ok ler.Ni menu kebiasaan kitorg bila raya atau ada apa-apa majlis. Best jugak walaupun sederhana. Apa yang penting sebenarnya maksud "KORBAN" tu sendiri. Mungkin kita kurang faham tentang sambutan Hari Raya Aidil Adha ni. Boleh lah cari lepas ni eh, apa maksudnya.. :)

Tak kira kecil atau besar, pengorbanan itu akan mendewasakan seseorang. Apa pengorbanan kita? Mari kita fikir-fikirkan. Mesti ada punya walau kecil sekalipun.

Setakat ini dulu entry Raya Korban kali ni. Tak ada apa yang menarik, cuma ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada readers yang singgah ke laman ku ini. Jumpa lagi :)

Friday, October 26, 2012

Kerja Oh Lalala~~

Assalamualaikum...

Entry kali mengenai bebelan pasal kerja..

Aku belum bekerja dan menjadi penganggur terhormat di rumah.
Nak kemana-mana pun susah sebab tak ada duit. Mengharapkan orang yang sudi bawa keluar je la..Kesian kan???

Masih mencari kerja yang sesuai dengan diri. Walaupun banyak je vacancy yang ada di Malaysia ni, tapi tak mudah sebenarnya nak dapat apa yang kita nak tu. Choosy dalam  pekerjaan memanglah tak elok tapi kena la yang agak bersesuaian dengan kemampuan. Kalau tak rosak la company orang aku kerjakan...hehehe.

Aku nak je kerja biasa-biasa, tapi macam ada satu perasaan yang menyekat..haha..Mungkin lah sebab aku tak biasa kerja macam tu. Contoh: cashier, MCD,KFC, & etc..Bila fikir memang satu keajaiban if aku pergi kerja tu..Ohhh so demand!!

Sekarang aku lebih selesa duduk rumah walaupun tak ada kerja.Peduli apa aku, walau kadang-kadang tension jugak dibuatnya. Dah rasa macam bibik pun ada!

Hmmm...apa boleh aku kata, tunggu lah kalau ada rezki.Aku pun tak nak melulu macam haritu, kang jadinya kecewa. Aku tak ada aim or target apa-apa, so mungkin ok lah untuk terus menganggur..hehe..Gila punya statement tak ada target.Tanya la diri sendiri Cik Nani uiiii!

Kawan yang dah bekerja mungkin tu rezki mereka. Rezki aku ada tapi bukan sekarang. Be positive yek !~~ :)
Sekian~

Thursday, October 11, 2012

Konvokesyen UIA 2012

Assalamualaikum...

Hari ahad baru ini adalah konvokesyen UIA bagi tahun 2012. So, aku tidak lepaskan peluang  untuk menghadiri Konvo Azizi. Yelah supporter la katakan : )

Pengalaman yang best & memenatkan sikit, yelah aku duduk luar dewan je, xdapat msuk sebab hanya 2 orang yang dapat masuk dewan.Its Ok asalkan dapat jugak kasi BUNGA yang aku gubah sendiri ye. Saje je lah nak gubah sendiri sebab nak lain dari yang lain. : )

Lets check it out a few pictures during this UIA's Graduation day...

Omo omo..hehe : ) 

Panas sangat bila semua dah keluar dari dewan. Berpeluh-peluh di buatnya. 

Sesi menyerahkan bunga. Berlakon je, padahal dah bagi awal-awal.hehe 

Kami lagi.Cameraman asek suruh bergambar je.apakan daya~~ sighhhhhh :P 

Zizi's family..Bersiap sedia nak balik masa ni )

Haaa lepas habis je konvo, kami terus direct pergi makan dekat KAYU NASI KANDAR, Kota Damansara. Makan ramai-ramai meraikan konvokesyen Azizi. Ada semua mak saudara ZZ & his cousin. Makan besar la kira..Lama jugak tak makan nasi kandar, sekali sekala tak kisah la diet tergendala.huhuhu

After makan-makan, continue shopping di IKEA. Sekali sekala je..Tapi yang penting nak ke IKEA sebab Karipap yang best.. Tu je..hehe..

Seharian di konvokesyen dan berjalan ramai-ramai memang best walaupun sedikit penat..Harap nanti konvokesyen di Uitm akan memudahkan para ibu bapa dan juga graduan. Tahniah kepada Azizi kerana berjaya mendapatkan Ijazah dalam bidang Financial Mathematic.Yeke eh? salah tolong betulkan.heeehe.

All the best with your new Job at Maybank Investment. I kow you can do it! Doakan saya dapat kerja pula ye : )