Thursday, September 27, 2012

Umur & Fikiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai hai readers! Ramai orang yang mungkin sudah beradu di alam mimpi, tapi mungkin juga untuk bloggers TIADA istilah tidur. Inilah masa terbaik untuk menulis perkongsian di laman blog masing-masing kan? Ohh kalau tak betul minta maaf ye.

Quote of the day...


Saje nak kongsi saru cerita harini..Hmmmm... bila di ingatkan balik cerita tertipu dengan sebuah company baru-baru ni memang sangat menaikkan darah aku. Tapi kan aku nak cerita positive side pula ye.. : )

Aku dapat dua orang kawan baru masa bekerja haritu. Sorang sebaya aku dan sorang lagi senior sikit lah. Aku ingat lagi masa kami berkumpul di KL Central & aku ceritakan semua pasal company kitorg, kawan yang senior ni menangis dekat bahu aku.

Kawan : " Nani, saya berhenti kerja lama sebab dapat kerja ni " 

Aku : " Nani minta maaf sebab terpaksa bagitau semua ni & sebabkan korang hilang kerja. Nani tak nak korang tertipu" (sambil bawak bukti2 yang aku print siap)

Selepas discussion kawan aku cakap " Thanks Nani sebab dah tolong kitorg. Memang betul umur tak menjanjikan seseorang itu berfikiran matang "

Aku fikir lagi, adakah aku ni sangat matang dalam hal macam ni? hmmmm

Then, ada la dia msg baru-baru ni tanya pendapat & nasihat aku pasal interview yang dia baru dapat patut pergi ke tak. Maklumlah fobia dengan peristiwa lama & takut tertipu lagi.

Di sini aku rasa sangat terharu...Bayangkan orang yang lebih tua minta pendapat pada aku yang setahun jagung ni. Belum ada banyak pengalaman, tambah-tambah pasal kerja.Selalunya orang yang lebih tua ni tak nak terima pandangan orang. Aku tak sangka juga , diri aku ni dapat memberi orang lain semangat. Really appreciate it friend!

Aku pun bagi lah pandangan apa yang aku rasa patut dia buat. Tak banyak..sikit je.

Just bila fikir balik, kenapa diri sendiri tak mampu bagi semangat untuk diri sendiri ye? Dimana silapnya? Kenapa kita tiada pegangan untuk diri sendiri. Then, i keep blame my self.

Itu sahaja perkongsian pada malam ni. Just think about this.. :) Mungkin betul, umur tak menjanjikan seseorang itu berfikiran matang, jadi kita kena cuba terima pandangan orang juga tetapi jangan lupa berfikir dulu sebelum ikut telunjuk orang. Thats all :P

1 comment:

Anonymous said...

Je tiens à bloguer à propos de questions que je ne veux associer à mon «travail» de soi. Comment puis-je choisir un hébergeur de blog qui a une bonne anonymat, en d'autres termes, je ne veux pas que ce soit facile pour les gens de faire correspondre mon adresse IP ou accéder à mes données personnelles .. Aussi, après avoir mis en place le blog, comment voulez-vous encourager les visiteurs à volume élevé?. J'ai seulement utilisé LJ avant et je veux essayer quelque chose d'un peu différent, mais l'anonymat est le plus gros problème pour moi. Souhaiterait suggestions de bons hôtes blog gratuit ..