Thursday, September 27, 2012

Umur & Fikiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai hai readers! Ramai orang yang mungkin sudah beradu di alam mimpi, tapi mungkin juga untuk bloggers TIADA istilah tidur. Inilah masa terbaik untuk menulis perkongsian di laman blog masing-masing kan? Ohh kalau tak betul minta maaf ye.

Quote of the day...


Saje nak kongsi saru cerita harini..Hmmmm... bila di ingatkan balik cerita tertipu dengan sebuah company baru-baru ni memang sangat menaikkan darah aku. Tapi kan aku nak cerita positive side pula ye.. : )

Aku dapat dua orang kawan baru masa bekerja haritu. Sorang sebaya aku dan sorang lagi senior sikit lah. Aku ingat lagi masa kami berkumpul di KL Central & aku ceritakan semua pasal company kitorg, kawan yang senior ni menangis dekat bahu aku.

Kawan : " Nani, saya berhenti kerja lama sebab dapat kerja ni " 

Aku : " Nani minta maaf sebab terpaksa bagitau semua ni & sebabkan korang hilang kerja. Nani tak nak korang tertipu" (sambil bawak bukti2 yang aku print siap)

Selepas discussion kawan aku cakap " Thanks Nani sebab dah tolong kitorg. Memang betul umur tak menjanjikan seseorang itu berfikiran matang "

Aku fikir lagi, adakah aku ni sangat matang dalam hal macam ni? hmmmm

Then, ada la dia msg baru-baru ni tanya pendapat & nasihat aku pasal interview yang dia baru dapat patut pergi ke tak. Maklumlah fobia dengan peristiwa lama & takut tertipu lagi.

Di sini aku rasa sangat terharu...Bayangkan orang yang lebih tua minta pendapat pada aku yang setahun jagung ni. Belum ada banyak pengalaman, tambah-tambah pasal kerja.Selalunya orang yang lebih tua ni tak nak terima pandangan orang. Aku tak sangka juga , diri aku ni dapat memberi orang lain semangat. Really appreciate it friend!

Aku pun bagi lah pandangan apa yang aku rasa patut dia buat. Tak banyak..sikit je.

Just bila fikir balik, kenapa diri sendiri tak mampu bagi semangat untuk diri sendiri ye? Dimana silapnya? Kenapa kita tiada pegangan untuk diri sendiri. Then, i keep blame my self.

Itu sahaja perkongsian pada malam ni. Just think about this.. :) Mungkin betul, umur tak menjanjikan seseorang itu berfikiran matang, jadi kita kena cuba terima pandangan orang juga tetapi jangan lupa berfikir dulu sebelum ikut telunjuk orang. Thats all :P

Sunday, September 16, 2012

Syukur tidak tertipu

Salam..

2 minggu lepas aku dapat 1st job aku selepas aku tamatkan pengajianku di Uitm. Punya excited bila dapat kerja tak terkira la sebab malas nk menganggur lama2..Gaji pon dalam range RM2000 above.. (mata duitan tol aku)

Apply job vacancy dalam jobstreet utk position Admin Executive. Company pun aku tak pasti.Tapi dek kerana requirement dia agak low, aku rasa aku berpeluang untuk this position. Yes! akhirnya aku diterima kerja. Tanya comp. website.Dorang jawab kami servicing comp in finance, tak perlukan website.

Tanpa rasa sangsi aku turutkan saja prosedure dlm comp. ni. NO offer letter for 1st week sebab kena ikut training a.k.a discussion utk bg kita fhm core business comp. ni. Aku pun giatlah analys graph FOREX.Almaklumlah katanya company kami servicing comp. in FINANCE.

Wah untuk aku yg ada basic account memang sangat mudah aku faham. 1st week tu kira aku dah pro lah pasal market trend ni. Uptrend/downtrend.sideway/longhead/longleg & everything, i know it!

Ada 1 day time discussion, this manager ask our group members " Ada tak pernah dengar apa2 pasal illegal investment?"

Aku pun sudi lah berkongsi pasal jiran aku yang kerugian kerana FOREX ni. Petang tu after lunch, aku kena panggil personnally untuk private discussion katanya. She ask me " How do you know about the illegal FOREX investment?"

Aku pun jawab : Tu jiran saya.. Tak fikir pun sebenarnya aku tengah berdepan dengan golongan ini. Manager suruh aku balik & tnya mak aku psl jiran ni. Berapa yang dia invest? Bila dia loss. (nampak sangat dah cuak) sedangkan aku belum tau comp. ni penipu..

Minggu kedua, aku dah mula rasa ada yang tak kena. Mana taknya, dalam group aku ada 3 org. Tapi kami tak pernah ada ruang utk sembang pkara selain graph forex. makan sama2 dgn manager & assistant, g toilet sama2, basuh tgn sama2..balik tayah cakap la..waktu berbeza.. kwn aku pukul 3 lebih, aku 4 lebih.Bila aku balik of course kwn aku dah naik tren. Tak sempat jumpa langsung..

Tiap mlm plak manager kol tanya " DAH ANALYS GRAPH"
Sumpah aku tak selesa.

Allah maha Agung...Aku tiap kali pergi sembahyang tak pernah lupa berdoa pasal kerja baru aku ni. Aku memang rasa ada something wrong. Tiap mlm aku menangis kenapa? aku pun tak tau..

Bila week ke 2, dorg dah mula sentuh psl family.Suruh aku terang & fahamkan family.aku dah tau mmg ada something fishy! KENAPA KERJA AKU FAMILY NAK KENA FAHAM???

Esoknya pergi kerja manager tnya lagi " mcmana dgn family? dah faham?"

Aku: Family sy mmg dah faham graph semua tapi dorg suruh sy tumpu pada kerja.Jgn fikir psl investment ni sebab kitorg tak mampu.

Manager : U tak cakap ke apa yang u nak?

Cesss if aku nak invest pun.Tunggu duit aku sendiri nanti lah.Tak sanggup nak minta dekat mak ayah nak invest. Gila kerja gila if aku sampai hati nk force family aku invest dlm comp ni..MEMANG TAK LAH. Alasan demi alasan aku bagi.

After aku balik rumah, aku google comp ni.Jumpa la dgn blog2 yg memaparkan PENIPUAN comp ni. Bank negara pun dah black list kan.Aku decide tak g kerja esoknya.Nak pergi apanya lagi..dah sah2 ramai orang dah bagi komen negative..Ramai yang dah loss..Kerja sebagai ADMIN EXEC hanya utk mengaburi mata kita.

Hakikatnya mereka nak dekat dengan orang ramai dengan cara baru. Kawan-kawan berhatilah bila mencari pekerjaan. Dunia kita penuh dengan bahaya. Tak semua yang nampak elok itu baik & tak semestinya yang buruk itu teruk.

Pengajaran untuk semua.taktik terbaru pelaburan matawang di MALAYSIA.Kalau nak cerita everything how i can know about them? memang panjang. Tapi bila hati dah mula bagi peringatan, percayalah.Carilah kenapa hati memberi petanda sebegitu. Anda akan dapat jawapan dengan bantuan yang Kuasa.

Semoga semua umat Islam di bawah lindungan Allah s.w.t terutama pada mereka yang akan pergi interview dan bekerja di situ.