Monday, July 16, 2012

Masakan dan aku

Alohaaa entry di buka untuk hari ni...

Baru berahirnya Program Masakan di ASTRO tentunya MASTER CHEFF SELEBRITI MALAYSIA yang pertama. Juara pun sudah diketahui ramai iaitu DATO FAZLEY.. Best je tengok dorang masak.Nampak macam senang je, padahal hanya Tuhan saja tahu betapa penatnya memikirkan menu dan bahan untuk memasak. 

Pengalaman aku dengan masak memasak ni dah agak lama. Seingat aku, pertama kali aku buat MEE GORENG masa aku darjah 5..Haaa memang aku sudah didedahkan dengan dapur dari dulu. Aku jugak pernah masak untuk camping pada bulan PUASA tau..Hmmm nak dikira-kira dekat rumah memang setiap harilah dorang rasa masakan aku.

Hmmm aku rasa tak sedap sebab aku tak macam MASTERCHEF tu.Dorang sangat KREATIF dan INNOVATIF dalam masakan mereka.Banyak je menu yang boleh di create. Kalau dekat rumah, aku akan rotate menu yang sama sampailah family dah rasa lemau dan ajak makan di luar.hehehe

Pada pandangan aku,  perempuan terutamanya mesti lah tau masak walaupun hanya 1 jenis masakan.Hehe.Bila emergency case boleh main hentam letak je bahan-bahan dan jadi lah macam masterchef tu. Tapi golongan LELAKI pun tak salah pandai masak supaya boleh la menampung diri sendiri bila terdesak.

So sempena Bulan Puasa yang akan tiba tak lama lagi, jom ler kite ramai-ramai tak kira lelaki ke perempuan turun ke dapur menghidangkan MENU BERBUKA dan juga SAHUR supaya dapat 1 lagi value added dalam diri kita. Teknik "cuba jaya dan belum cuba belum tau".

Mak aku memang tiap kali bulan puasa akan hadiahkan buku masakan dengan harapan aku akan Keep ON Cooking.Tapi hmmm kalau rajin aku akan ikutlah resepi buku, selalunya aku jadi masterchef je, hentam sajalah asalkan boleh makan dan tak la teruk sangat. :) Boleh lah sikit-sikit~~~ :P

Okey, itu ajelah cerita pasal aku dan masakan. Harap-harap aku dapat la improve masakan aku dan berani buat menu baru supaya mereka, pelangganku tidak bosan ..hehe Aiceh pelanggan sangat! Family lah!..

See ya next entry... :)

No comments: