Tuesday, July 10, 2012

Facebook dan Politik

Assalamualaikum dan salam hormat kepada yang singgah...

Apa kaitan FACEBOOK (FB) dan POLITIK? Kalau baca sekali imbas memang tak ada  kaitan langsung. TAPI tak boleh dinafikan yang FB sudah jadi medium untuk orang berpolitik.

Aku tidaklah menolak cara ni, tapi SANGATLAH dan AMATLAH aku tak suka dengan beberapa orang kawan aku sibuk la post pasal status-status BEREMOSI mengenai politik ni. Yelah ada yang sokong tu dan ada yang sokong ni.

Memanglah ada yang tak puas hati pada parti itu dan parti ini, tapi kan kalau tiap hari anda POST WALL di FB je, NAK JADI APA? Apa pun tak dapat brother.Silap-silap ada orang printscreen status-status anda, masuk dalam jawabnya. Mungkin ada saluran lain yang lebih tepat untuk anda berpolitik tapi mungkin anda hanya berani bersembunyi dalam selimut. Pendek kata " cakap dalam selimut "

Kalau sesekali tak apa jugak, tapi asal buka FB, status anda yang beremosi ni memenuhi ruang newsfeed dan kadang-kadang mendatangkan kemarahan sesetengah pihak yang mungkin tak senang dengan kenyataan anda. KALAU BETUL BERANI, tampil dimana-mana medium dan lontarkan kenyataan anda tu.

Haaa tak pun, most of the minister ada FB jadi senang DIRECT je cakap. hehehe. Di FB kawan-kawan lain just boleh baca je, dan silap haribulan gaduh sebab anda tu EMOSI.Orang bg pendapat tak nak pulak terima.Aiyooo susah susah jika dah rasa diri tu setanding dengan ahli politik.

Aku harap dapat lihat kawan aku ni jadi ahli politik one day sebab dah taksub sangat, TAPI hanya di FB. Kesimpulan yang boleh dibuat, tak salah pun nak POST apa-apa sebab FB akaun sendiri tapi ingatlah apa-apa yang LEBIH tu, tak bagus. Baik kurang-kurangkan dan yang penting bila post sesuatu, dan ada yang komen terima la pendapat orang dengan terbuka. :)

p/s: Adios amigos, nukilan di atas hanya luahan hatiku yang semak tengok status FB.hehe..Jangan marah eh eh eh...


2 comments:

JeMy said...

Aku setuju sratus peratus.. kalau sesekali nk luahkan perasaan cita pasal politik takpe la..Ni hari2 hapdate.. ko igt ko pandai sngt politik? Ko igt idea ko bernas sgt? haha. Nani, ikut approach ak, delete aja orang cmtu..semak2. haha..

Nanie said...

ada dah yg kena delete..ada lg saki baki yg rasa menteri sgt ni..hehe. sikit2 dah le..naik muak tgk status bajet bagus :)