Sunday, July 8, 2012

Apa ada di Bandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam diberi pembuka bicara, jangan segan silalah baca... :)

Bila sebut pasal BANDUNG, aku pun tak berapa pasti kenapa la rata-rata orang Malaysia nak sangat pergi Bandung. Bila dah pergi nak lagi pegi...Wahhh apa yang menarik sangat?

Maunya tak menarik,  boleh kata semua barang boleh didapati dengan harga yang MURAH MURAH. Walaupun aku belum sampai, tapi baru-baru, kawan aku si Nana tu baru balik dari Bandung. Dengan berbekalkan duit RM200 yang tak seberapa aku bagi tu, Hmmm tayah cakaplah, banyak barang terutama kain dapat dibeli.Kalau kat Malaysia aku tak pasti lah dapat banyak ke tak.

Mungkin itu faktor utama kenapa orang suka pegi BANDUNG atau juga dikenali sebagai Paris Van Java.. Selain tu, Bandung sesuai untuk menjadi supplier kepada anda yang minat untuk menjual kain. Hah tambah-tambah untuk raya, kahwin memang sesuailah sebagai lubuk untuk jana pendapatan. Jadi ni lah sebab kenapa orang Malaysia suka ke sana.

Lagi satu menurut sumber internet dan kawan-kawan yang dah pegi Bandung, ada beberapa tempat menarik untuk dilawati e.g Kawah Gunung berapi yang masih berfungsi. So aku dah highlight kan beberapa perkara disini sebelum menjejakkan kaki disana satu hari nanti iaitu simpan duit untuk borong barang-barang kawen ke tunang ke..hahahaha.. Dah berjangkit dengan kawan ler ni...

Insyallah kalau berkesempatan tahun depan aku akan berangkat ke Jakarta dan jika berkesempatan aku nak jugak pegi Bandung..hehehe..(suka hati jek)

P/S : Permulaan percutian bermula di tahun 2013, ditaja oleh Air Asia!

No comments: