Monday, June 25, 2012

Hobi Baru : Gubahan Bunga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hobi hobi hobi. Kadang-kadang aku confuse apa sebenarnya HOBI aku. Banyak sangat lah.Semuanya aku buat kejap-kejap je. Dulu bermati-matian dengan koleksi sticker, bila dah hilang album sticker tu aku beralih arah pada hobi bermain MUZIK, masak, & banyak lagi. Oh itu dunia aku dahulu kala.

Sekarang aku ada hobi baru...Lepas gubah hantaran untuk tunang abang aku baru-baru ni, aku mendapat satu lagi HOBI BARU iaitu menggubah bunga. Ada la beberapa gubahan yang aku dah buat. Lets check it out!!

Ini first gubahan sireh junjung untuk majlis pertunangan abang haritu. Bidan terjun katakan tak pernah buat.Asal ada je lah..

Bunga kuning + Bunga putih + daun sirih

For the second, aku gubah bunga ros merah yang dah buruk & lama. Nampak tak berapa kena, mungkin sebab bunga dah lama & tak cukup bunga atau pasu yang tak berapa OK.But still nice for me.heheee

Bunga ros merah

Yang bawah ni pun sama, ambik bunga yang lama dan gubah semula...

Bunga ros kuning


Oleh kerana minat nak cuba sesuatu yang baru ni, aku pun pegi NILAI 3 & beli BUNGA dan bahan-bahan yang perlu untuk gubah bunga lain yang baru yek . Bawah ni ada 2 gubahan yang aku siapkan semalam.


Gubahan bunga putih dan kuning sesuai untuk meja...

 Bunga ros merah + pink sesuai untuk meja jugak...

Hah itu koleksi gubahan bunga aku sekarang.Ada lagi satu sebenarnya tapi tak sempat snap mak dah bawak pegi pejabat dia. Hias la puas-puas dengan bunga-bunga. Insyallah lepas ni aku akan cuba gubah jenis lain pulak.

Sampai sini dulu yek cerita hobi baru ni.Tata~

No comments: