Thursday, April 19, 2012

Cabut Kuku Lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua...

Sape pernah cabut kuku? Tak kira la kaki ke tangan ke sampai berkali-kali? Jarang-jarang berlaku lah kecuali tersepit pintu ke ape ke yg membuatkan kuku rosak kan..

Seingat aku la kan, dari kecik lagi aku dah mula kena cabut kuku oleh kerana kenakalan aku.aiyoyoyo..Masa kecik dulu, kuku aku tercabut oleh kerana tersepit di pintu.Ada la dalam dua ke tiga kali. Bayangkan darah keluar macam air sungai yang mengalir..Jadi doktor sendiri la katakan, padan muka main PINTU lagi.

Masa dah besar gedabak camni pun dah masuk berapa kali.aku pun tak faham apa masalah kuku aku yang selalu sangat TERCEDERA ni.Kurang kalsium mungkin. :)

Rabu lepas, sekali lagi detik bersejarah tercipta.Aku cabut kuku jari telunjuk untuk kali ke 2 selama 2 tahun berturut-turut.

Yuuuhuuu, sakitnya tak terkata bila Doktor mula 'menginject" hehee..Harap-harap lepasni, tak ada lagi gejala kuku rosak, sakit, tak sihat terjadi pada aku.Sebabnya, ia akan menyukarkan aku melakukan kerja, terutama untuk menulis, membasuh pinggan dan makan.Moga cepat baik ye kuku!

 Jari ku yang kehilangan kukunya.Cepat sembuh yek...

Ini sahaja ceritaku.sehingga bertemu di entry lain.SEKIAN TERIMA KASIH DAUN SERAI~~

2 comments:

Heart Crusher said...

ngeri den dibuatnyooo...

~Nanie@InTaN~ said...

jage kuku baik2, xde lah jadi cmni