Thursday, March 8, 2012

Pelajar Baru Skema?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semester baru sudah bermula untuk pelajar Universiti..Tak ketinggalan aku pun dah balik ke kampus untuk menghabiskan sisa-sisa belajar aku yang masih berbaki 1 semester ni.

Alhamdulilah aku masih meneruskan perjuangan yang belum selesai. Tapi apa yang dapat aku simpulkan untuk permulaan semester ni, PELAJAR BARU SANGAT BERSEMANGAT.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa kita sebagai pelajar tak dapat nak kekalkan semangat yang sama sampai habis belajar?

google image

Pelajar baru sangat SKEMA. Maksud disini, dorang ikut segala peraturan yang ditetapkan. Contohnya berpakaian kemas, pergi kelas on time. Kebanyakkan kelas PENUH sampai padat lah. Tapi cuba tengok kelas senior, kosong je.Kalau ada pun 5 orang je pergi kelas.Mana pergi yang lain-lain?

google image
I want to be SMARTER than YOU...

Walaupun pelajar baru di label sebagai skema, tapi agak bagus sebenarnya. Cuma masa dan keadaan yang akan mengubah seseorang. Itu lah kenyataan kita sebagai manusia biasa. Hanya bersemangat pada permulaan tapi hampir menyerah di pertengahan dan mungkin sudah tidak ada semangat di akhirnya.

Peringatan untuk kita semua, buat lah sesuatu dengan gigih walaupun jiwa kita sudah lemah. Cekal kan hati, kuatkan tekad. Semoga kita peroleh kejayaan bersama.

Sampai sini dulu entry kali ini. AS-Salam~~~

No comments: