Thursday, March 8, 2012

Kisah Capati & Roti Jala

Assalamualaikum...

Harga barang sekarang naik sangat ke? 
Kenapa wujud persoalan ni?

Kisahnya bermula selepas aku balik jogging pada cuti semester lepas. Favourite food pagi-pagi adalah capati. Sampainya dikedai, orang buat capati cakap,

" Capati lambat siap dik, dalam SEJAM lagi"

Sebabkan aku sangatlah teruja nak makan capati, aku sanggup tunggu padahal nak makan sekeping je. Lepas je makan nak bayar aku sangat terkejut dengan harga capati di restaurant kampung sudah mencecah RM 4 sekeping. 

Gambar Hiasan : Beginikah capati yang berharga RM4? Berbaloi tak?

Bagi aku sangat tak berpadanan sebab tepung untuk buat capati mengikut kata orang-orang tua menggunakan TEPUNG LAMA yang dah expired. BETUL KE??????

Haaaa itu cerita capati. Pasal Roti Jala pulak lebih kurang sama lah..

Saja nak lepak dengan kawan-kawan, lepas orang kasi menu nak order lah. Yang menarik perhatian aku masa tu hanyalah ROTI JALA bersama kari ayam.

Nyum Nyum Nyum!!!~~~

Bila makanan dah sampai makanlah semegah-megahnya sebab sedap roti jala tu, tambah lagi dengan kuah kari pekat..Nikmat lah...Bila nak bayar terkejut sekali lagi, 
harga 4 keping roti jala adalah RM 6.90~~~