Saturday, March 10, 2012

Curi Parking Kerja Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman...

Pernah tak anda MENCURI PARKING orang? Pernah tak Parking anda di curi? Bagaimana boleh terjadi????

padat macam ni parkingnya

Entry kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi Jusco pada minggu lepas. Biasalah hari minggu ramai orang keluar nak bershopping. Agak lama kami berpusing-pusing mencari parking & setelah penat kami pun berhenti sebab nampak macam ada kereta yang nak keluar.

Mak : Kita tunggu kereta ni, dia dah nak keluar

Kami menunggu sebuah kereta yang pemandunya sedang memasukkan barang ke dalam kereta. ( SIGNAL KANAN DI NYALAKAN, menandakan kami nak parking di situ )

Tiba-tiba, kereta sebelahnya pun nak keluar jugak, kiranya parking ada 2 kekosongan.
Sebuah kereta B datang dari arah belakang berhenti di depan & memberi signal jugak. Maksudnya dia nak parking 1 lagi. Cukuplah untuk dua kereta, 1 untuk kereta aku, 1 lagi untuk kereta B.

Haaaa tu tiba-tiba yang pertama.. Nak dijadikan cerita ada sebuah kereta yang KURANG ADAPNYA Kereta C datang dari belakang lalu mencuri parking kami. Oleh sebab Parking 1 lagi kosong, aku masuklah parking sebelahnya.

Kereta B yang bagi signal kat depan tadi tergamam lah sedangkan dia datang dulu. (Pssss kami memang dah lama kasi signal ok)

Si perempuan C tak sedar diri curi parking tu buat tak tau je... siap cakap " BIARLAH, SAYA YANG PARKING DULU". Siap tuduh kami yang curi parking..Eloklah sikit cik kak yek...

HOI HOI, apa lagi, kami sekeluarga pun cakap,  

" EH awak yang curi parking kereta depan, awak yang salah"

Dengan muka bengang dia pun keluar dari parking tu. Dapatlah si kereta B yang tunggu parking tu park kereta dia dengan aman.

Tak pasti sama ada pembaca faham atau tak, tapi gejala curi parking selalu terjadi. Cuba lah berbudi bahasa sikit, if kereta dah bagi signal maksudnya dia nak parking lah.Jangan sedap-sedap rasa datang dari belakang/ depan tak bagi salam main masuk je.

Kalau kosong macam ni senanglah kerja mencuri parking.hihi :P

Kepada akak bertudung kuning tersebut, CURI PARKING MEMANG KERJA AKAK KE? Cuba jadi gadis melayu yang menawan dan berbudi bahasa sikit ye...

Setakat ini dulu entry bebelan kali ni.Jumpa di entry berikutnya. Tata Titi Tutu~~~

1 comment:

caliph shuriken said...

sgguh buruk pangai org tu, huh...