Saturday, March 31, 2012

Jiwa Muzik

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ada tak orang yang dalam dunia ni tak minat kepada muzik? LAGU utamanya? Tak kira lah jenis apa, balada,rock,nasyid, rnb, k-pop, hindustan, atau apa2 jek. Jiwa manusia ni mesti ada terdetik walupun sikit untuk menyanyi.For sure.hehe (kalau takde tu nampak mcm mustahil & mungkin pelik.Just opinion OK~)

Setuju tak muzik ni ibaratkan sebagai medium penyatuan budaya? Era sekarang adalah kebangkitan muzik K-POP yang berasal dari Korea. Seluruh dunia minat K-POP ni walaupun mungkin wujud pendapat yang tak senang dengan muzik K-POP ni. Tak percaya? search Youtube.hehe

Aku sendiri tak pasal-pasal terlibat & terminat pulak MUZIK dorg ni.Tapi taklah aku Fanatik gile.Just minat pada lagu, utamanya Girl Generation..

 google image : Girl Generation

Kenapa eh? Sebab lagu kumpulan ni boleh tahan la.Deria pendengaran aku dapat tangkap & menjadilah minat. Terkilan sikit, bila Girl Generation datang K.L baru-baru ni, tak berkesempatan nak pergi tengok live.Mungkin next time.

 
Kuch Kuch Hota Hai

Era muzik ni sentiasa berubah, dulu aku memang HARDCORE lagu HINDUSTAN.Boleh kata hafal lah lagu-lagu yang sedap terutama dari filem yang POPULAR pada masa tu.

Tapi, lagu MELAYU Malaysia tak kurang hebatnya cuma mungkin ruang untuk berkembang agak terhad.

Tiada berat sebelah dalam muzik.Melodi yang sedap di dengar akan menjadi satu siulan walaupun bait liriknya kita tak faham.

Pen Off~~

Wednesday, March 28, 2012

Sekadar Renungan

Assalamualaikum...

:: sekadar ingin berkongsi pada yang LUPA & ingatan untuk DIRI SENDIRI ::


Gambar di atas telah di share oleh rakan-rakan di facebook.Jadi sekadar renungan kita bersama. Kadang-kadang kita lupa siapa kita sebenarnya. 

P/s : jangan sombong ye... :)

Sunday, March 25, 2012

Medan Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman...

Singgah sebentar baca entry yang tak seberapa ni...

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, kita dapat perhatikan peningkatan pengguna yang menggunakan platform blog sebagai "alat" untuk melepaskan perasaan, berkarya, mencari pendapatan, berkenalan dan sebagainya.

Blog adalah platform berbeza berbanding laman sosial seperti facebook, twitter, myspace dan sebagainya sebab kita dapat menulis dan menerangkan dengan panjang lebar sesuatu perkara. Tak dinafikan, melalui blog sedikit sebanyak telah menyumbangkan kepada peningkatan pengetahuan am/umum tentang sesuatu perkara. Ada baik ada buruk dan perlu diingatkan kita menulis dari isi hati dan pilihlah bahan bacaan/entry yang bersesuaian dengan kita.

yahoo image
Saya seorang blogger :)

Jangan sesekali menyalahgunakan platform ni untuk menjatuhkan atau memfitnah orang. Berkongsi pengalaman dan pendapat atau perasaan untuk dijadikan iktibar adalah satu kegunaan utama medan blog. Walaupun hanya sedikit karya atau luahan rasa, mungkin amat bermakna kepada pembaca lain.

Jadi  para blogger, teruskan berkarya dan membaca ceritera pengalaman rakan lain.Jadikan iktibar atas sesuatu yang telah dikongsikan oleh bloggers yang lain. Ini adalah pendapat peribadi aku sebagai seorang yang suka " membebel di alam fana blog" ini.

Jumpa di next entry~~sekian

Sunday, March 18, 2012

Cas Negatif

Salam...

Dulu time belajar pernah tak dengar istilah cas negatif??? aku pun dah lupa apa maksudnya..hehe...Just nak cerita mengenai fikiran negatif..

Fikiran negatif akan memusnahkan kita..Bagaimana mengatasinya? Ada jawapan? Fikir sendiri lah kan... Tapi memang susahlah kalau fikiran negatif sentiasa mengawal kita..Semua benda akan jadi trouble kan...

Inilah yang manusia seperti aku alami.

So, time tu fikir sekejap...Selamat~~~

Saturday, March 10, 2012

Curi Parking Kerja Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman...

Pernah tak anda MENCURI PARKING orang? Pernah tak Parking anda di curi? Bagaimana boleh terjadi????

padat macam ni parkingnya

Entry kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi Jusco pada minggu lepas. Biasalah hari minggu ramai orang keluar nak bershopping. Agak lama kami berpusing-pusing mencari parking & setelah penat kami pun berhenti sebab nampak macam ada kereta yang nak keluar.

Mak : Kita tunggu kereta ni, dia dah nak keluar

Kami menunggu sebuah kereta yang pemandunya sedang memasukkan barang ke dalam kereta. ( SIGNAL KANAN DI NYALAKAN, menandakan kami nak parking di situ )

Tiba-tiba, kereta sebelahnya pun nak keluar jugak, kiranya parking ada 2 kekosongan.
Sebuah kereta B datang dari arah belakang berhenti di depan & memberi signal jugak. Maksudnya dia nak parking 1 lagi. Cukuplah untuk dua kereta, 1 untuk kereta aku, 1 lagi untuk kereta B.

Haaaa tu tiba-tiba yang pertama.. Nak dijadikan cerita ada sebuah kereta yang KURANG ADAPNYA Kereta C datang dari belakang lalu mencuri parking kami. Oleh sebab Parking 1 lagi kosong, aku masuklah parking sebelahnya.

Kereta B yang bagi signal kat depan tadi tergamam lah sedangkan dia datang dulu. (Pssss kami memang dah lama kasi signal ok)

Si perempuan C tak sedar diri curi parking tu buat tak tau je... siap cakap " BIARLAH, SAYA YANG PARKING DULU". Siap tuduh kami yang curi parking..Eloklah sikit cik kak yek...

HOI HOI, apa lagi, kami sekeluarga pun cakap,  

" EH awak yang curi parking kereta depan, awak yang salah"

Dengan muka bengang dia pun keluar dari parking tu. Dapatlah si kereta B yang tunggu parking tu park kereta dia dengan aman.

Tak pasti sama ada pembaca faham atau tak, tapi gejala curi parking selalu terjadi. Cuba lah berbudi bahasa sikit, if kereta dah bagi signal maksudnya dia nak parking lah.Jangan sedap-sedap rasa datang dari belakang/ depan tak bagi salam main masuk je.

Kalau kosong macam ni senanglah kerja mencuri parking.hihi :P

Kepada akak bertudung kuning tersebut, CURI PARKING MEMANG KERJA AKAK KE? Cuba jadi gadis melayu yang menawan dan berbudi bahasa sikit ye...

Setakat ini dulu entry bebelan kali ni.Jumpa di entry berikutnya. Tata Titi Tutu~~~

Thursday, March 8, 2012

Kisah Capati & Roti Jala

Assalamualaikum...

Harga barang sekarang naik sangat ke? 
Kenapa wujud persoalan ni?

Kisahnya bermula selepas aku balik jogging pada cuti semester lepas. Favourite food pagi-pagi adalah capati. Sampainya dikedai, orang buat capati cakap,

" Capati lambat siap dik, dalam SEJAM lagi"

Sebabkan aku sangatlah teruja nak makan capati, aku sanggup tunggu padahal nak makan sekeping je. Lepas je makan nak bayar aku sangat terkejut dengan harga capati di restaurant kampung sudah mencecah RM 4 sekeping. 

Gambar Hiasan : Beginikah capati yang berharga RM4? Berbaloi tak?

Bagi aku sangat tak berpadanan sebab tepung untuk buat capati mengikut kata orang-orang tua menggunakan TEPUNG LAMA yang dah expired. BETUL KE??????

Haaaa itu cerita capati. Pasal Roti Jala pulak lebih kurang sama lah..

Saja nak lepak dengan kawan-kawan, lepas orang kasi menu nak order lah. Yang menarik perhatian aku masa tu hanyalah ROTI JALA bersama kari ayam.

Nyum Nyum Nyum!!!~~~

Bila makanan dah sampai makanlah semegah-megahnya sebab sedap roti jala tu, tambah lagi dengan kuah kari pekat..Nikmat lah...Bila nak bayar terkejut sekali lagi, 
harga 4 keping roti jala adalah RM 6.90~~~

Gambar Hiasan yahoo : Macam ni lah rupa roti jala yang dimaksudkan...Isi ayam tak sebanyak gambar diatas ye. :)

Kalau beli dekat makcik jual tepi jalan mungkin lebih murah.Tapi sebabkan kedai makan, ikut suka hati dorang je nak charge sampai melampau-lampau.

Kalau 6.90 roti jala, baik aku pergi makan MCD, KFC, yang harga lebih kurang je.Puas hati sikit...
Menjadi persoalan jugak lah disini, Harga Barang mentah naik sangat ke eh? Ke aku yang tak pernah pergi beli barangan runcit..hehehee

Tak tau lah anda pernah kena tak dengan situasi macam ni.Sekadar berkongsi pendapat dengan rakan pembaca sekalian. Sampai sini dulu, jumpa di entry berikutnya..~~

p/s : mengeluh sebagai pengguna adalah perkara penting...hehee