Wednesday, February 22, 2012

Bahagia Itu Susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bahagia adalah suatu keadaan yang kita rasa sangat bermakna dan menggembirakan buat kita. Tak semua orang bahagia dan tak kecuali ada yang penuh kebahagiaan. Sebenarnya tak senang untuk bahagia dan gembira dengan apa yang kita buat. Usaha dan tawakal itu penting.

Blog aku dah banyak aku ceritakan suka duka aku.Ada yang happy dan ada yang sedih..Igt senang ke nak capai kebahagiaan.Banyak cabaran tau...Mungkin ada yang pernah alami kesengsaraan.

Alhamdulilah sekarang apa yang aku impikan sikit sebanyak sudah membuahkan hasil.Walau sangat lama masa yang aku ambil untuk dapat yang aku nak. Apa yang boleh disimpulkan, nak capai kejayaan dan kebahagian sangat susah.Tak ada short cut. Jalan yang terlalu panjang menanti kita.Jangan putus asa. Keluarga dan kawan-kawan ada bersama anda.

Jadi kawan-kawan, teruskan usaha untuk sesuatu.Walau lambat atau cepat, pasti kita akan terima dari yang Kuasa.

Semoga urusan kami dipermudahkan, dan harap usaha kami berbaloi-baloi. Sampai sini dahulu,terima kasih pada yang membaca.

1 comment:

Zamani said...

Semua Allah kurniakan kbhgian utk kita slalu.. ;)

Zam tmpg lalu bw kat sini :)