Friday, February 24, 2012

Anugerah Dekan?

Assalamualaikum...

Tajuk menunjukkan isi bukan? Nak cerita pasal dean list lah. Baru-baru ni result Uitm dah keluar.Wah tak dapat tido lah aku malam tu. Tiba-tiba Angah aku ketuk pintu cakap

"Result dah keluar, dah cek belum?"

Aku dah mula cuak tak kena gaya, sebab angah aku dapat dekan lagi, tapi dia xdapat Anugerah Naib Canselor (ANC) dek kerana 1 sem yang tak dapat Anugerah dekan. Tapi best lah angah, 1st class degree, PTPTN pun dengar kata tak payah bayar.Jeles sangat...