Friday, February 24, 2012

Anugerah Dekan?

Assalamualaikum...

Tajuk menunjukkan isi bukan? Nak cerita pasal dean list lah. Baru-baru ni result Uitm dah keluar.Wah tak dapat tido lah aku malam tu. Tiba-tiba Angah aku ketuk pintu cakap

"Result dah keluar, dah cek belum?"

Aku dah mula cuak tak kena gaya, sebab angah aku dapat dekan lagi, tapi dia xdapat Anugerah Naib Canselor (ANC) dek kerana 1 sem yang tak dapat Anugerah dekan. Tapi best lah angah, 1st class degree, PTPTN pun dengar kata tak payah bayar.Jeles sangat...

Tapi bukan senang la tengok kawan-kawan yang dapat Dean List ni.Kerja keras tu penting. Ramai plak kawan-kawan aku post " Alhamdulilah".

Ada jugak yang post dekat Facebook "DEAN LIST" dan tak kurang jugak yang berjaya menamatkan degree. Semua dengan penuh kesyukuran selepas penat lelah belajar semasa dalam semester. Aku tau ramai yang dapat Dean list semester ni melalui status-status mereka. Good job frienzy.. :)

Tahniah di ucapkan kepada semua dan aku akan meneruskan perjuangan untuk sem depan dapatkan result 3.5 memandangkan sem depan, hanya 3 subjek walaupun tak melayakkan untuk dapat AD.

Sampai sini dulu...Salam~