Sunday, December 16, 2012

The Hobbit Unexpected Journey 2012

Haiii... Aloha semua! Jeng jeng..Update terbaru! I already watched The Hobbit Unexpected Journey.. Review sikit lah yea...

The Hobbit yang cute (google image)

The Hobbit ini mengisahkan pengembaraan beberapa orang Hobbit (si kerdil) untuk menuntut bela tempat tinggal mereka yang telah di ambil oleh seekor naga jahat pada suatu ketika dahulu. Dalam pengembaraan ni, mereka telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran sebelum tiba di sebuah gunung milik mereka suatu ketika dahulu yang di panggil The Lonely Mount.

Sebenarnya The Hobbit ni adalah antara sequal The Lord of The Rings(LOTR)..Kiranya ini adalah cerita sebelum LOTR. Sambungannya The Hobbit adalah LOTR if Im not mistaken.hehe..

Ada Gandalf, Hobbit dan kaum Elve tu..Lupa sudah namanya sebab aku bukan lah pengikut setia LOTR.heeehe..Haaa satu lagi sapa yang suka duduk dalam panggung lama-lama bolehla menonton The Hobbit sebab durasinya agak panjang lebih kurang 3jam..

Seperti biasa, apa yang boleh di puji mestilah mengenai teknologi yang digunakan. I love it. Hope Malaysia will come out with this type of movie. Sangat adventure dan sesuatu yang tidak mudah :)

So nak tau apa jadi pada sekawan Hobbit ni ? Silalah ke panggung yang berdekatan. Aku rate kan cerita ni 3 bintang sebab ada sikit mengecewakan aku...Jangan marah yek kawan-kawan.

Love ya & See ya~~

Wednesday, December 12, 2012

Wedding , Engagement here & there

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Banyak betul jemputan kahwin sejak akhir-akhir ni. Tiap weekend confirm tak ada aktiviti lain selain, menghadiri perkahwinan kenalan. Wahh bila tengok orang kawen mula terfikir bila masa aku nanti, apa tema majlis..hahaha..Nak makan apa, pelamin macamana.. Ambik ilham la kira bila pegi wedding kwn-kwn ni, tgok apa yang patut.hehee

Oh kalau tanya aku mestila lambat lagi. Kerja pun kemana hala ini kan nak fikir pasal kawen, memang belum lah. Tapi apa yang aku nampak sekarang, majlis perkahwinan tak ada 1 pun yang simple. Semuanya wow tahap artis gituu..hehe..Pelamin mau tak mau 3 panel atleast.. Kad kahwin mmg bukan harga 30 sen la..Tak tau la berapa yang dorang habiskan untuk majlis tu..

So, bila difikir-fikirkan balik, memang kena menabung dalam jangka masa yang panjang sikit lah untuk memastikan dapat buat satu majlis yang meninggalkan memori yang indah buat kita & pasangan.huhu..Statement PANAS!! :)

Apa-apa pun happy tengok kawan-kawan yang bertunang & dah berkahwin. Nanti ramai-ramai upload gambar anak pula..hehe..So cute..Satu-satu perjalanan hidup kita dapat lihat & semoga semuanya dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat.Amin~

For me, semoga dipermudahkan hubungan kali ini. Amin~~

Sunday, December 9, 2012

My Graduation Day - Degree

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Holaaa everybody! Happy happy happy day! At last hari aku bergraduasi telah pun selesai. Alhamdullillah segala penat lelah semasa belajar telah terlaksana. Thanks to Allah who gives me strength to complete my degree. Syukur~

Jutaan terima kasih tak terhingga kepada mak & ayah yang banyak berhabis duit belanja dan tenaga untuk memastikan anak-anak dapat segulung ijazah yang mungkin tidak dapat mereka miliki suatu ketika dahulu. Inilah hadiah paling bernilai yang boleh diberikan kepada mereka.

Konvokesyen kali ni sangat best sebab tiada apa yang menyerabutkan kepala aku dan tak ada apa yang menyakitkan hati walaupun ada kekurangan dari aspek kemeriahan, but still OK. Semua happy je. Thanks to Nabila & Zizi yang datang meraikan hari bermakna ini. Dapat jugak bunga.yeaa! Love it~~

Actually, aku sangat nervous nak terima scroll haritu..Takut tergelincir lah, takut topi jatuh la..Everything makes me nervous. Tapi, akhirnya settle dengan jayanya.hehe. Lets check it out a few pictures during this convocation day.

 Ayah & Mak yang datang meraikan kejayaan ni... TQ

Me with my sister Nabila 

 Akhirnya kami berdua tamat belajar sebagai pelajar ijazah... Nani & Zati~~

Love @ Putrajaya 

Depan Dewan Agong Tuanku Cancelor: Dewan yang bersejarah bagi pelajar UiTM. 
Uitm di hatiku~

Thats all guys! Congrates to myself. Segala kesakitan kini telah berbayar. Bonus akan tiba jika teruskan usaha~ Good luck Nanie~

Saturday, December 1, 2012

Masak-masak

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan pembaca blog :)

Hari ni dah masuk bulan December untuk tahun 2012. Tak lama je lagi nak masuk tahun baru kan.Masa berlalu sungguh pantas. So, welcome December goodbye November!~

Permulaan bulan December ni aku sangat rajin.hehe.Puji diri sendiri je lah, tak ada orang nak puji kan.hehe. Kenapa aku rajin? Tak ada reason yang specific, tapi aku rajin MEMASAK je.. Ni semua pengaruh Masterchef la yang membuatkan aku giat mencuba resepi-resepi baru.

Sebut saja apa yang terasa nak makan, google dalam internet resepinya, beli barang dan masak.Simple kan...huhu.. Tapi tak la semua yang aku buat menjadi. It's OK, at least try the best.

Jom tengok apa yang aku masak hari ni.Lets check it out!~~

Ok ni adalah LASAGNA. Dah lama aku nak buat dan hari ni baru berkesempatan. Selalu pergi Alamanda , makan test food Lasagna ni. hehe.Suka hati je!

Lasagna yang sedang di bakar dalam oven. Macam ni lah rupanya... 

Lasagna yang sudah di potong. Yummy! Very cheesy! Boleh tahan lah rasanya walaupun baru pertama kali buat ni.

Selain tu, aku dah lama jugak mengidam nak buat Portuguese Egg Tart sendiri so, harini lah segalanya terlaksana. Macam mana rupa? Jom tengok...

 Egg Tart yang telah siap dibakar...

Rasanya boleh diterima. Cuma aku tak pandai sangat nak buat puff pastry. Next time nak belajar lagi. Mana tau boleh jadi punca rezki nanti.

Lepas ni aku nak cuba resepi lain pula & will update soon! Yummy yummy food makes me become fatty.haaaaa.. Tunggu apa jadi seterusnya ya! Pen off now~~~

Friday, November 30, 2012

It's My Turn!!!

As-salam & hai everybody!

It's my turn!! what? Ohh benda ni aku dah tunggu sekian lama, lebih kurang 2 tahun setengah untuk dapat iaitu... SEGULUNG  IJAZAH.. segulung je pun...

Walaupun hanya segulung tapi ia sangat bermakna untuk aku sebab banyak perkara dah aku tempuh untuk dapat segulung ijazah ni. Jatuh bangun semua terkandung dalam segulung ijazah ni. Penuh air mata, suka dan duka. Thanks all, family, friends, love, & lecturers.

I'm proud with myself! Wait 5 December! I'll make sure I'm happy on that day. It will not be the same as Diploma time..

Jubah untuk konvo pun dah ambik so just tunggu hari untuk terima scroll je lah. Now belum ada picture yang berjaya di capture! 5 December 2012 pasti ada untuk tatapan dan kenangan anak cucu.

Masa sekolah rendah dulu selalu buat karangan nak masuk menara gading. Kira dah terlaksan impian kanak-kanak ku untuk hadiahkan segulung ijazah ni untuk both of my parents & family.

Ada lagi cita-cita belum terlaksana iaitu untuk dapat kerja yang tetap dan stabil! Aku akan berusaha ke arah tu. Ini saja buat masa sekarang. Will update soon! Taata~~

Tuesday, November 27, 2012

2nd Time : Twilight Breaking Dawn Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang singgah ke blog ni~~~ :)

Hah kan aku dah cakap dalam previous entry yang aku akan tengok Twilight buat kali ke dua telah terlaksana. Hmmm bukan sebab aku ni penggemar Twilight tetapi sebab memenuhi permintaan orang yang nak ajak tengok movie ni. So, ikutkan aje.

Kali ni dapat tengok dengan selesa sebab seat belakang sekali dan screen yang super marvelous.hehee. Dapat lah catch up a few scene yang termiss masa tengok for the first time. :) Lagi pun kali kedua ni, 2D version , gambar lebih jelas le bezanya.hehe

Nak puji extravanganza pun tak boleh jugak sebab bagi aku ceritanya boleh di layan cuma, if you are not Twilight Fans, you'll become me.. Banyak persoalan yang berada di minda.heheeee.

Suka tengok muka Kristen Stewart yang lovely tu. Filem Snow White & Huntsman yang dia berlakon sebelum ni pun not bad. Good luck Kristen!

 Kristen Stewart

So thats all~ tunggu review HOBBIT pulak lepas ni ye. Movie yang akan aku catch up after this.hehee :)

Saturday, November 24, 2012

Twilight Breaking Dawn- Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai, aku bukan nak bagi link untuk download atau sinopsis cerita ni, tapi just nak bagitau aku dah tengok movie ni. Hehe..Kenapa nak bagitau? Saje la sebab ni kali pertama aku tengok Twilight di panggung wayang. Sebelum ni aku tak ikut pun movie ni. If ada orang ajak tengok pun, aku tak berapa berminat sebab tak follow dari awal. Oleh sebab Angah nak belanja semalam, redah je tengok Twilight sebab rata-rata kawan yang dah tengok cakap best..

google image: Twilight Breaking Dawn

Ok pendapat aku la.Best tu memang best tapi sebab aku tak follow dari awal, banyak benda yang aku asyik tanya je dekat Adik & Angah aku. Mungkin lepas ni aku akan tengok buat kali ke dua dengan Azizi plak.

So pada penggemar Twilight, agak-agak ada tak sambungan lagi? Novel ada sambung or tak? Keep watching ya!

Sunday, November 18, 2012

Istanbul Aku Datang kali ke 2!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...

Ho ho ho hoyeaaaa! 2 kali dah aku tengok Istanbul Aku Datang! Tak jemu pun. First time pergi dengan Nana & Nabila, 2nd time pergi dengan Lovey Dovey Azizi.

Walaupun 2 kali tengok still tak jemu. Nampak sangat aku memang peminat Lisa Surihani! hehe. Sekarang aku dah mula suka dengan lakonan Beto Kushairy yang sangat natural & selamba. : )

Kalau la Filem Malaysia ada kualiti macam "Istanbul Aku Datang " ni, for sure industri filem negara akan berkembang dan tak ada la orang kita asyik mengutuk cerita tempatan. So, kepada pembikin filem, think about this!

Quality is important thing!

See Ya~

XOXO! ( ala-ala "Istanbul Aku Datang" )

Saturday, November 17, 2012

Only u know your heart

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Betul tak tajuk ni?

Hanya hati kita sendiri yang memahami perasaan sendiri. Tak kira la macam mana kita cuba buat orang faham kan.?

So, sangat susah nak faham apa orang lain rasa kecuali perasaan sendiri. Kena guna sixth sense & logical analysis lah if nak baca hati dan perasaan orang. : )

Thats All~

p/s : Rezki masing-masing. Jangan risau, ada untuk anda.

Thursday, November 15, 2012

Istanbul Aku Belum Datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai bloggers! Apa Khabar? Salam Maal Hijrah kepada semua muslimin...

Hari ni aku nak buat movie review sikit lah ye mengenai ISTANBUL AKU DATANG! tapi aku belum datang lah.hehe..

Ini pendapat peribadi aku ye. Filem ni best dan menarik sebab sweet2 kelakar gitu. Mungkin pada yang tak suka comedy love story, x minat kot dengan cerita ni. Tapi yang aku nampak, rata-rata komen positive mengenai filem lakonan LISA SURIHANI, BETO KUSHAIRI & TOMOK.


Filem ni adalah antara filem terbaik melayu untuk tahun 2012 bagi pendapat aku. Semua scene yang di lakonkan di Istanbul membuatkan aku teringin nak pergi negara tu. Sesiapa yang belum tengok boleh la pergi tengok ye. Thats All!~

nota akhir: Dapat jugak hang out with my bestie NANA & my sista NABILA.. Best kan cerita ni :)

Saturday, November 10, 2012

First Time Catering

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang singgah~~

Hai dah masuk bulan November kan.Kejap je rasa macam tak percaya pun ada dah nak habis tahun. :) Tapi itu bukan persoalan untuk entry kali ni. Haa aku nak cerita pasal first time aku amek tempahan makanan.Selalunya aku masak FREE je. Kali ni berbayar OK. Ada kelasssss kau Nani... :)

Ni sebab adik aku si Nabila la, pandai-pandai rekemen aku kat kawan office dia. Tak pasal-pasal aku terjebak dengan catering ni. Tapi tak la banyak sikit je. Aku takut laa, masak untuk family makan dengan orang makan berbeza sebab family dah biasa dengan masakan kita. Orang luar tak tau boleh terima tak tambah-tambah bayar utk makanan tu. Apa yang dorang nak, MAKANAN SEDAP! Thats All~

Aku masak untuk 20 orang je. 20 orang pun kalau masak sorang2 tak ke rasa agak penat dan risau tak jadi. Sebelum tidur aku bertungkus lumus memerap ayam dengan segala jenis bahan dari resepi aku. Esoknya, pukul 4.30 pagi aku dah bangun masak sebab si Nabila nak bawak pergi office pukul 8 pagi. Rasa macam orang berniaga pulak. Tong tang tong tang bunyi kat dapur pagi2..hehe.

Nasi aku masak 12 pot dan ayam 3 ekor.. Amekkk kau! Dengan Sup nya, Sambal lagi, Kicap lagi. Isk isk ni ke keje aku sebagai penganggur?. Ni kira aku buat sehabis mampu lah sebab kesian plak bila ada orang tempah & bayar tapi rasa tak sedap. So, aku buat all out nasi ayam ni. Apa yang paling risau ? Takut nasi mentah. Tapi alhamdullilah, masak elok la~

Dalam pukul 7 pagi siap lah semua & packing2 kasi lah adikku bawak g office. Selagi dorang tak makan nasi ayam tu, aku rasa tak senang duduk. Rasa macam nak suruh dorang pergi beli nasi lain je ganti nasi aku sebab takut la orang tak makan. Tapi at last dapat feedback yang positive & makanan pun habis. Yeaaaa berjaya. So harap kawan Nabila yang tempah Nasi Ayam dengan aku berpuas hati. First time tu amek catering.

Tengok-tengok..Leh tak jadi catering ni? heheee

Boleh makan pun jadi lah kan~~ :)

Lepas ni tengoklah kalau rajin, amek lagi lah kalau larat & berkemampuan nak buat sorang-sorang. Tak ada assistant pun nak tolong. Omo omo! Macam ni rupanya perasaan orang berniaga~~~

Oke. itu aje ceritanya...:) Tata~~~

Tuesday, October 30, 2012

K-Pop Fans

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai K-Pop Fans semua! Aku sekarang dah jadi K-Pop Fans..hehe..Tak tau mana datangnya minat ni. Mungkin sebab selalu tengok drama korea & variety show korea ni. Minat ni dah makin melampau sebab ringtone pun dah guna lagu korea.Memang dah termasuk dalam golongan Fans Korea rupanya tapi belum sampai tahap fanatik.huhu...

Drama korea yang terbaru aku tengok adalah Bachelors Vegetable Store. Sebab utama aku tengok sebab ada LEE KWANG SOO Running Man!~ Terminat plak dekat mamat ni sebab dia kelakar. Cerita ni not bad. Then, drama seterusnya aku layan, My lovely is Kim Sam Soon. Haaa citer ni pun romantik yang kelakar & pelakon utama Hyun Bin.Uhukk uhuk.Nampak tak demam korea? Lepas habis drama tu, aku sambung lagi tengok Goong sebab pelakon semua yang best! Of course sebab ada SONG JI HYO Running Man & Eun Hye yang cute tu.Boleh tahan best lah.

Running Man (google image)
Aku tunggu je bila la Running Man nak datang Malaysia.hehe. :)

 Bachelor's Vegetable Store (google image)

Goong (google image)

My lovely Kim Sam Soon (google image)

Dulu memang ada ikut drama korea ni, tapi sekarang dah jadi minat dari semua segi. Kumpulan K-Pop paling aku minat sekarang GIRL GENERATION (SNSD). Kau gileeee, aku boleh minat semua ni.hehee. Group lain pun minat jugak seperti KARA &T-ARA. Minat gitu2 lah. Dorang sangat cantik OK!

SNSD a.k.a Girls Generation (google image)

Satu lagi, cita-cita aku sekarang nak sampai KOREA one day. Tak kira lah pergi dengan sape tapi aku nak lawat Korea sebab ada banyak tempat yang menarik. Bila ada je orang Korea aku jumpa, aku mesti rasa excited sebab suka sangat dengar dorg cakap. Nada & lenggok slang korea best.hehee..

Haaaa nampak sangat kan aku pun dah mula minat K-Pop ni. Tapi aku rasa tak salah sebab aku ni jenis akan minat pada muzik yang best. Lagu Melayu yang best pun aku minat (jangan salah anggap ye artis Malaysia).Bajet je artis nak baca blog aku.huhuhu.

Betullah orang cakap, muzik boleh menyatukan masyarakat walaupun kita tak faham maksud di sebalik lirik-liriknya. Emmm, disebabkan aku belum kerja, so kerja aku layan drama Korea la. Ok la, nak cari drama yang boleh di layan sekarang. See ya next entry...

Monday, October 29, 2012

Masterchef di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai, tengok tak masterchef harini? Si Fizuan tak berjaya dapat pin kebal sebab kalah dengan chef jemputan tu. Apa pun best gak tengok gelagat si Fizuan tadi.. Good Job!

Aku plak tak pandai la masak mcm masterchef semua tu. Dorang ni kira PRO la walaupun selalu je kena complain dengan 3 Juri/Chef Pro tu. Dalam masa yang ditetapkan, dorg dapat sediakan makanan yang superb & marvelous. Satu ciptaan baru yang terfikir pada masa tu. Pandaikan masterchef2 ni.

So, aku plak ada angan-angan nak masak macam masterchef ni, tapi kekurangan bahan dan perkakasan memasak membataskan sikit sebanyak minat ni. But, i already try a few dishes that i never made before...

Jom saksikan masterchef di rumah :)

Gambar bawah ni, adalah doh untuk bun yang aku nak roll kan dengan sosej. Nampak tak betapa gebunya hasil ulian aku..huuuhu...Ni first time buat, belum ada skill lagi nak buat roti ni. Maklumlah, dekat rumah tak ada bread maker ke namanya mesin tu. If ada mungkin akan lebih gebu & menjadi.

Doh untuk Sosej Bun

Haaaaa Tadaaaaaa!~ Inilah hasilnya. Sosej Bun yang aku sediakan untuk minum petang tadi. Look very nice walaupun tak lah secantik roti di kedai. Rasa, boleh diterima walaupun agak kosong. Kalau di masukkan sedikit cheese, mungkin lagi sedap. :) cewah macam komen dalam masterchef plak..huhuhu.

 Sosej Bun yang sudah di bakar

Oke. itu cerita sosej bun..Bawah ni plak antara cubaan aku untuk buat karipap. Kononnya ala-ala IKEA. Kenapa namanya ala-ala IKEA ?? Ohh sebabnya, dalam inti daging tu, aku letak kan telur rebus macam karipap yang kita beli di IKEA tu. Tapi rasanya sedikit mengecewakan sebab dalam doh asal karipap ni, aku terletak lebih garam. Jadinya masinnnnnn! Inti boleh tahan lah. Bentuknya agak kesian oleh sebab, aku ni mana la tau klim karipap tu. Nanti ingat nak beli pengelim karipap, so senanglah nak buat nanti.

Karipap Kesian Ala IKEA

Itu ajelah masakan yang aku nak kongsikan buat masa ni.Nak resepi silalah google.Banyak je ada.huuuhu. If lauk pauk tak payah cerita la.Tiap hari aku masak 2 jenis lauk AT LEAST. Kalau nk upload gambar memang tak terdaya la. Sekarang aku dah jadi tukang masak di rumah. Senang hati orang rumah aku kan..heeehe...

Oke lah..nanti sambung lagi eh.Byeeeeeeeeeeee

Saturday, October 27, 2012

Raya Lagi - Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

SELAMAT HARI RAYA (google image)

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan musliman. Macamana Raya Korban tahun ni? Banyak makan daging? Maklumlah mesti ramai yang sedekah daging korban kan.hehe. Jangan sampai pening sudah yek!

Bagi aku sekeluarga, biasa aje lah raya haji ni.Bukan biasa apa, maksudnya dari segi sambutan tak ada la semeriah Raya Aidil Fitri. Lemang tu ada, tapi beli je lah.huhuhu. Daging korban tak ada.Kalau dulu kat kampung best gila raya korban ni sebab mesti dapat banyak daging korban. Masakan famous mestilah bihun sup.Yummy yummy! Teringin jugak ingat masa arwah atok(kitorg panggil "ayah")  ada lagi. Sekarang, nahi kabhi nahi~~ :)

Harini, mak masak laksa utara. Ok ler.Ni menu kebiasaan kitorg bila raya atau ada apa-apa majlis. Best jugak walaupun sederhana. Apa yang penting sebenarnya maksud "KORBAN" tu sendiri. Mungkin kita kurang faham tentang sambutan Hari Raya Aidil Adha ni. Boleh lah cari lepas ni eh, apa maksudnya.. :)

Tak kira kecil atau besar, pengorbanan itu akan mendewasakan seseorang. Apa pengorbanan kita? Mari kita fikir-fikirkan. Mesti ada punya walau kecil sekalipun.

Setakat ini dulu entry Raya Korban kali ni. Tak ada apa yang menarik, cuma ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada readers yang singgah ke laman ku ini. Jumpa lagi :)

Friday, October 26, 2012

Kerja Oh Lalala~~

Assalamualaikum...

Entry kali mengenai bebelan pasal kerja..

Aku belum bekerja dan menjadi penganggur terhormat di rumah.
Nak kemana-mana pun susah sebab tak ada duit. Mengharapkan orang yang sudi bawa keluar je la..Kesian kan???

Masih mencari kerja yang sesuai dengan diri. Walaupun banyak je vacancy yang ada di Malaysia ni, tapi tak mudah sebenarnya nak dapat apa yang kita nak tu. Choosy dalam  pekerjaan memanglah tak elok tapi kena la yang agak bersesuaian dengan kemampuan. Kalau tak rosak la company orang aku kerjakan...hehehe.

Aku nak je kerja biasa-biasa, tapi macam ada satu perasaan yang menyekat..haha..Mungkin lah sebab aku tak biasa kerja macam tu. Contoh: cashier, MCD,KFC, & etc..Bila fikir memang satu keajaiban if aku pergi kerja tu..Ohhh so demand!!

Sekarang aku lebih selesa duduk rumah walaupun tak ada kerja.Peduli apa aku, walau kadang-kadang tension jugak dibuatnya. Dah rasa macam bibik pun ada!

Hmmm...apa boleh aku kata, tunggu lah kalau ada rezki.Aku pun tak nak melulu macam haritu, kang jadinya kecewa. Aku tak ada aim or target apa-apa, so mungkin ok lah untuk terus menganggur..hehe..Gila punya statement tak ada target.Tanya la diri sendiri Cik Nani uiiii!

Kawan yang dah bekerja mungkin tu rezki mereka. Rezki aku ada tapi bukan sekarang. Be positive yek !~~ :)
Sekian~

Thursday, October 11, 2012

Konvokesyen UIA 2012

Assalamualaikum...

Hari ahad baru ini adalah konvokesyen UIA bagi tahun 2012. So, aku tidak lepaskan peluang  untuk menghadiri Konvo Azizi. Yelah supporter la katakan : )

Pengalaman yang best & memenatkan sikit, yelah aku duduk luar dewan je, xdapat msuk sebab hanya 2 orang yang dapat masuk dewan.Its Ok asalkan dapat jugak kasi BUNGA yang aku gubah sendiri ye. Saje je lah nak gubah sendiri sebab nak lain dari yang lain. : )

Lets check it out a few pictures during this UIA's Graduation day...

Omo omo..hehe : ) 

Panas sangat bila semua dah keluar dari dewan. Berpeluh-peluh di buatnya. 

Sesi menyerahkan bunga. Berlakon je, padahal dah bagi awal-awal.hehe 

Kami lagi.Cameraman asek suruh bergambar je.apakan daya~~ sighhhhhh :P 

Zizi's family..Bersiap sedia nak balik masa ni )

Haaa lepas habis je konvo, kami terus direct pergi makan dekat KAYU NASI KANDAR, Kota Damansara. Makan ramai-ramai meraikan konvokesyen Azizi. Ada semua mak saudara ZZ & his cousin. Makan besar la kira..Lama jugak tak makan nasi kandar, sekali sekala tak kisah la diet tergendala.huhuhu

After makan-makan, continue shopping di IKEA. Sekali sekala je..Tapi yang penting nak ke IKEA sebab Karipap yang best.. Tu je..hehe..

Seharian di konvokesyen dan berjalan ramai-ramai memang best walaupun sedikit penat..Harap nanti konvokesyen di Uitm akan memudahkan para ibu bapa dan juga graduan. Tahniah kepada Azizi kerana berjaya mendapatkan Ijazah dalam bidang Financial Mathematic.Yeke eh? salah tolong betulkan.heeehe.

All the best with your new Job at Maybank Investment. I kow you can do it! Doakan saya dapat kerja pula ye : )

Thursday, September 27, 2012

Umur & Fikiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai hai readers! Ramai orang yang mungkin sudah beradu di alam mimpi, tapi mungkin juga untuk bloggers TIADA istilah tidur. Inilah masa terbaik untuk menulis perkongsian di laman blog masing-masing kan? Ohh kalau tak betul minta maaf ye.

Quote of the day...


Saje nak kongsi saru cerita harini..Hmmmm... bila di ingatkan balik cerita tertipu dengan sebuah company baru-baru ni memang sangat menaikkan darah aku. Tapi kan aku nak cerita positive side pula ye.. : )

Aku dapat dua orang kawan baru masa bekerja haritu. Sorang sebaya aku dan sorang lagi senior sikit lah. Aku ingat lagi masa kami berkumpul di KL Central & aku ceritakan semua pasal company kitorg, kawan yang senior ni menangis dekat bahu aku.

Kawan : " Nani, saya berhenti kerja lama sebab dapat kerja ni " 

Aku : " Nani minta maaf sebab terpaksa bagitau semua ni & sebabkan korang hilang kerja. Nani tak nak korang tertipu" (sambil bawak bukti2 yang aku print siap)

Selepas discussion kawan aku cakap " Thanks Nani sebab dah tolong kitorg. Memang betul umur tak menjanjikan seseorang itu berfikiran matang "

Aku fikir lagi, adakah aku ni sangat matang dalam hal macam ni? hmmmm

Then, ada la dia msg baru-baru ni tanya pendapat & nasihat aku pasal interview yang dia baru dapat patut pergi ke tak. Maklumlah fobia dengan peristiwa lama & takut tertipu lagi.

Di sini aku rasa sangat terharu...Bayangkan orang yang lebih tua minta pendapat pada aku yang setahun jagung ni. Belum ada banyak pengalaman, tambah-tambah pasal kerja.Selalunya orang yang lebih tua ni tak nak terima pandangan orang. Aku tak sangka juga , diri aku ni dapat memberi orang lain semangat. Really appreciate it friend!

Aku pun bagi lah pandangan apa yang aku rasa patut dia buat. Tak banyak..sikit je.

Just bila fikir balik, kenapa diri sendiri tak mampu bagi semangat untuk diri sendiri ye? Dimana silapnya? Kenapa kita tiada pegangan untuk diri sendiri. Then, i keep blame my self.

Itu sahaja perkongsian pada malam ni. Just think about this.. :) Mungkin betul, umur tak menjanjikan seseorang itu berfikiran matang, jadi kita kena cuba terima pandangan orang juga tetapi jangan lupa berfikir dulu sebelum ikut telunjuk orang. Thats all :P

Sunday, September 16, 2012

Syukur tidak tertipu

Salam..

2 minggu lepas aku dapat 1st job aku selepas aku tamatkan pengajianku di Uitm. Punya excited bila dapat kerja tak terkira la sebab malas nk menganggur lama2..Gaji pon dalam range RM2000 above.. (mata duitan tol aku)

Apply job vacancy dalam jobstreet utk position Admin Executive. Company pun aku tak pasti.Tapi dek kerana requirement dia agak low, aku rasa aku berpeluang untuk this position. Yes! akhirnya aku diterima kerja. Tanya comp. website.Dorang jawab kami servicing comp in finance, tak perlukan website.

Tanpa rasa sangsi aku turutkan saja prosedure dlm comp. ni. NO offer letter for 1st week sebab kena ikut training a.k.a discussion utk bg kita fhm core business comp. ni. Aku pun giatlah analys graph FOREX.Almaklumlah katanya company kami servicing comp. in FINANCE.

Wah untuk aku yg ada basic account memang sangat mudah aku faham. 1st week tu kira aku dah pro lah pasal market trend ni. Uptrend/downtrend.sideway/longhead/longleg & everything, i know it!

Ada 1 day time discussion, this manager ask our group members " Ada tak pernah dengar apa2 pasal illegal investment?"

Aku pun sudi lah berkongsi pasal jiran aku yang kerugian kerana FOREX ni. Petang tu after lunch, aku kena panggil personnally untuk private discussion katanya. She ask me " How do you know about the illegal FOREX investment?"

Aku pun jawab : Tu jiran saya.. Tak fikir pun sebenarnya aku tengah berdepan dengan golongan ini. Manager suruh aku balik & tnya mak aku psl jiran ni. Berapa yang dia invest? Bila dia loss. (nampak sangat dah cuak) sedangkan aku belum tau comp. ni penipu..

Minggu kedua, aku dah mula rasa ada yang tak kena. Mana taknya, dalam group aku ada 3 org. Tapi kami tak pernah ada ruang utk sembang pkara selain graph forex. makan sama2 dgn manager & assistant, g toilet sama2, basuh tgn sama2..balik tayah cakap la..waktu berbeza.. kwn aku pukul 3 lebih, aku 4 lebih.Bila aku balik of course kwn aku dah naik tren. Tak sempat jumpa langsung..

Tiap mlm plak manager kol tanya " DAH ANALYS GRAPH"
Sumpah aku tak selesa.

Allah maha Agung...Aku tiap kali pergi sembahyang tak pernah lupa berdoa pasal kerja baru aku ni. Aku memang rasa ada something wrong. Tiap mlm aku menangis kenapa? aku pun tak tau..

Bila week ke 2, dorg dah mula sentuh psl family.Suruh aku terang & fahamkan family.aku dah tau mmg ada something fishy! KENAPA KERJA AKU FAMILY NAK KENA FAHAM???

Esoknya pergi kerja manager tnya lagi " mcmana dgn family? dah faham?"

Aku: Family sy mmg dah faham graph semua tapi dorg suruh sy tumpu pada kerja.Jgn fikir psl investment ni sebab kitorg tak mampu.

Manager : U tak cakap ke apa yang u nak?

Cesss if aku nak invest pun.Tunggu duit aku sendiri nanti lah.Tak sanggup nak minta dekat mak ayah nak invest. Gila kerja gila if aku sampai hati nk force family aku invest dlm comp ni..MEMANG TAK LAH. Alasan demi alasan aku bagi.

After aku balik rumah, aku google comp ni.Jumpa la dgn blog2 yg memaparkan PENIPUAN comp ni. Bank negara pun dah black list kan.Aku decide tak g kerja esoknya.Nak pergi apanya lagi..dah sah2 ramai orang dah bagi komen negative..Ramai yang dah loss..Kerja sebagai ADMIN EXEC hanya utk mengaburi mata kita.

Hakikatnya mereka nak dekat dengan orang ramai dengan cara baru. Kawan-kawan berhatilah bila mencari pekerjaan. Dunia kita penuh dengan bahaya. Tak semua yang nampak elok itu baik & tak semestinya yang buruk itu teruk.

Pengajaran untuk semua.taktik terbaru pelaburan matawang di MALAYSIA.Kalau nak cerita everything how i can know about them? memang panjang. Tapi bila hati dah mula bagi peringatan, percayalah.Carilah kenapa hati memberi petanda sebegitu. Anda akan dapat jawapan dengan bantuan yang Kuasa.

Semoga semua umat Islam di bawah lindungan Allah s.w.t terutama pada mereka yang akan pergi interview dan bekerja di situ.


Thursday, August 9, 2012

My 24th Birthday

Assalamualaikum...

Hai agak terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua Muslimin dan Musliman. :) Al-maklumlah lama tak di update.hehee.. Tak lama lagi kita nak sambut raya pula.Bagaimana persiapan anda? OK atau K.O? Harap semua oke lah yek..

Untuk entry kali ni, aku nak cerita sikit sebanyak pasal sambutan ulang tahun ku yang ke 24. Alhamdullilah bersyukur kepada Allah S..W.T kerana masih beriku peluang untuk berada di bumi tercinta ini. Syukur masih sihat dan boleh menjalankan tugas sehari-harian.

Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang ingat dan mendoakan kesejahteraan aku sempena ulang tahun ku yang ke 24 ni. Masih ada yang sayang~~

Satu perkara lagi, a special thanks to my love kerana sanggup datang sebelum birthday ku (5 Ogos) walaupun ada kekangan masa. Terpaksa membahagikan masa untuk kite. Thanks,very appreciate it dear! Nice dress for birthday present walaupun saya dah gemuk (boleh pakai lagi lah!)..hehe.. Tapi don't worry sebab kite dah start DIET oke..Yeke? huhuhu :) Harap semua yang kita rancang untuk kehidupan kita dipermudahkan samada cepat atau lambat.Amin.

Terima kasih jugak aku nak ucapkan pada Jemy & Mira sebab bagi ku hadiah lagi.Tiap tahun dapat chocolate. Famous Amos~

Chocolate Jemy & Mira

Haaa tak lupa jugak pada keluargaku yang turut mendoakan kebaikan aku,jutaan terima kasih yang tak terhingga. i love you all!

Harap pada tahun ni, aku akan menempuhi segala dugaan dan halangan dengan lebih matang selari dengan usiaku yang meningkat ni. Semoga aku cepat dapat kerja dan boleh membina satu kehidupan yang lebih baik dari sekarang.

Itu saja untuk kali ni. Pada sesiapa yang sambut ulangtahun pada bulan Ogos,Selamat Ulangtahun ye. :)

Monday, July 16, 2012

Masakan dan aku

Alohaaa entry di buka untuk hari ni...

Baru berahirnya Program Masakan di ASTRO tentunya MASTER CHEFF SELEBRITI MALAYSIA yang pertama. Juara pun sudah diketahui ramai iaitu DATO FAZLEY.. Best je tengok dorang masak.Nampak macam senang je, padahal hanya Tuhan saja tahu betapa penatnya memikirkan menu dan bahan untuk memasak. 

Pengalaman aku dengan masak memasak ni dah agak lama. Seingat aku, pertama kali aku buat MEE GORENG masa aku darjah 5..Haaa memang aku sudah didedahkan dengan dapur dari dulu. Aku jugak pernah masak untuk camping pada bulan PUASA tau..Hmmm nak dikira-kira dekat rumah memang setiap harilah dorang rasa masakan aku.

Hmmm aku rasa tak sedap sebab aku tak macam MASTERCHEF tu.Dorang sangat KREATIF dan INNOVATIF dalam masakan mereka.Banyak je menu yang boleh di create. Kalau dekat rumah, aku akan rotate menu yang sama sampailah family dah rasa lemau dan ajak makan di luar.hehehe

Pada pandangan aku,  perempuan terutamanya mesti lah tau masak walaupun hanya 1 jenis masakan.Hehe.Bila emergency case boleh main hentam letak je bahan-bahan dan jadi lah macam masterchef tu. Tapi golongan LELAKI pun tak salah pandai masak supaya boleh la menampung diri sendiri bila terdesak.

So sempena Bulan Puasa yang akan tiba tak lama lagi, jom ler kite ramai-ramai tak kira lelaki ke perempuan turun ke dapur menghidangkan MENU BERBUKA dan juga SAHUR supaya dapat 1 lagi value added dalam diri kita. Teknik "cuba jaya dan belum cuba belum tau".

Mak aku memang tiap kali bulan puasa akan hadiahkan buku masakan dengan harapan aku akan Keep ON Cooking.Tapi hmmm kalau rajin aku akan ikutlah resepi buku, selalunya aku jadi masterchef je, hentam sajalah asalkan boleh makan dan tak la teruk sangat. :) Boleh lah sikit-sikit~~~ :P

Okey, itu ajelah cerita pasal aku dan masakan. Harap-harap aku dapat la improve masakan aku dan berani buat menu baru supaya mereka, pelangganku tidak bosan ..hehe Aiceh pelanggan sangat! Family lah!..

See ya next entry... :)

Tuesday, July 10, 2012

Facebook dan Politik

Assalamualaikum dan salam hormat kepada yang singgah...

Apa kaitan FACEBOOK (FB) dan POLITIK? Kalau baca sekali imbas memang tak ada  kaitan langsung. TAPI tak boleh dinafikan yang FB sudah jadi medium untuk orang berpolitik.

Aku tidaklah menolak cara ni, tapi SANGATLAH dan AMATLAH aku tak suka dengan beberapa orang kawan aku sibuk la post pasal status-status BEREMOSI mengenai politik ni. Yelah ada yang sokong tu dan ada yang sokong ni.

Memanglah ada yang tak puas hati pada parti itu dan parti ini, tapi kan kalau tiap hari anda POST WALL di FB je, NAK JADI APA? Apa pun tak dapat brother.Silap-silap ada orang printscreen status-status anda, masuk dalam jawabnya. Mungkin ada saluran lain yang lebih tepat untuk anda berpolitik tapi mungkin anda hanya berani bersembunyi dalam selimut. Pendek kata " cakap dalam selimut "

Kalau sesekali tak apa jugak, tapi asal buka FB, status anda yang beremosi ni memenuhi ruang newsfeed dan kadang-kadang mendatangkan kemarahan sesetengah pihak yang mungkin tak senang dengan kenyataan anda. KALAU BETUL BERANI, tampil dimana-mana medium dan lontarkan kenyataan anda tu.

Haaa tak pun, most of the minister ada FB jadi senang DIRECT je cakap. hehehe. Di FB kawan-kawan lain just boleh baca je, dan silap haribulan gaduh sebab anda tu EMOSI.Orang bg pendapat tak nak pulak terima.Aiyooo susah susah jika dah rasa diri tu setanding dengan ahli politik.

Aku harap dapat lihat kawan aku ni jadi ahli politik one day sebab dah taksub sangat, TAPI hanya di FB. Kesimpulan yang boleh dibuat, tak salah pun nak POST apa-apa sebab FB akaun sendiri tapi ingatlah apa-apa yang LEBIH tu, tak bagus. Baik kurang-kurangkan dan yang penting bila post sesuatu, dan ada yang komen terima la pendapat orang dengan terbuka. :)

p/s: Adios amigos, nukilan di atas hanya luahan hatiku yang semak tengok status FB.hehe..Jangan marah eh eh eh...


Sunday, July 8, 2012

Apa ada di Bandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam diberi pembuka bicara, jangan segan silalah baca... :)

Bila sebut pasal BANDUNG, aku pun tak berapa pasti kenapa la rata-rata orang Malaysia nak sangat pergi Bandung. Bila dah pergi nak lagi pegi...Wahhh apa yang menarik sangat?

Maunya tak menarik,  boleh kata semua barang boleh didapati dengan harga yang MURAH MURAH. Walaupun aku belum sampai, tapi baru-baru, kawan aku si Nana tu baru balik dari Bandung. Dengan berbekalkan duit RM200 yang tak seberapa aku bagi tu, Hmmm tayah cakaplah, banyak barang terutama kain dapat dibeli.Kalau kat Malaysia aku tak pasti lah dapat banyak ke tak.

Mungkin itu faktor utama kenapa orang suka pegi BANDUNG atau juga dikenali sebagai Paris Van Java.. Selain tu, Bandung sesuai untuk menjadi supplier kepada anda yang minat untuk menjual kain. Hah tambah-tambah untuk raya, kahwin memang sesuailah sebagai lubuk untuk jana pendapatan. Jadi ni lah sebab kenapa orang Malaysia suka ke sana.

Lagi satu menurut sumber internet dan kawan-kawan yang dah pegi Bandung, ada beberapa tempat menarik untuk dilawati e.g Kawah Gunung berapi yang masih berfungsi. So aku dah highlight kan beberapa perkara disini sebelum menjejakkan kaki disana satu hari nanti iaitu simpan duit untuk borong barang-barang kawen ke tunang ke..hahahaha.. Dah berjangkit dengan kawan ler ni...

Insyallah kalau berkesempatan tahun depan aku akan berangkat ke Jakarta dan jika berkesempatan aku nak jugak pegi Bandung..hehehe..(suka hati jek)

P/S : Permulaan percutian bermula di tahun 2013, ditaja oleh Air Asia!

Monday, June 25, 2012

Hobi Baru : Gubahan Bunga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hobi hobi hobi. Kadang-kadang aku confuse apa sebenarnya HOBI aku. Banyak sangat lah.Semuanya aku buat kejap-kejap je. Dulu bermati-matian dengan koleksi sticker, bila dah hilang album sticker tu aku beralih arah pada hobi bermain MUZIK, masak, & banyak lagi. Oh itu dunia aku dahulu kala.

Sekarang aku ada hobi baru...Lepas gubah hantaran untuk tunang abang aku baru-baru ni, aku mendapat satu lagi HOBI BARU iaitu menggubah bunga. Ada la beberapa gubahan yang aku dah buat. Lets check it out!!

Ini first gubahan sireh junjung untuk majlis pertunangan abang haritu. Bidan terjun katakan tak pernah buat.Asal ada je lah..

Bunga kuning + Bunga putih + daun sirih

For the second, aku gubah bunga ros merah yang dah buruk & lama. Nampak tak berapa kena, mungkin sebab bunga dah lama & tak cukup bunga atau pasu yang tak berapa OK.But still nice for me.heheee

Bunga ros merah

Yang bawah ni pun sama, ambik bunga yang lama dan gubah semula...

Bunga ros kuning


Oleh kerana minat nak cuba sesuatu yang baru ni, aku pun pegi NILAI 3 & beli BUNGA dan bahan-bahan yang perlu untuk gubah bunga lain yang baru yek . Bawah ni ada 2 gubahan yang aku siapkan semalam.


Gubahan bunga putih dan kuning sesuai untuk meja...

 Bunga ros merah + pink sesuai untuk meja jugak...

Hah itu koleksi gubahan bunga aku sekarang.Ada lagi satu sebenarnya tapi tak sempat snap mak dah bawak pegi pejabat dia. Hias la puas-puas dengan bunga-bunga. Insyallah lepas ni aku akan cuba gubah jenis lain pulak.

Sampai sini dulu yek cerita hobi baru ni.Tata~

Monday, June 11, 2012

Share about Gushcloud and get rewarded!

LINK : Share about Gushcloud and get rewarded!

Hah nak dapat duit cara yang senang? Seperti yang dah dimaklum kan dalam entry lepas, join GUSH CLOUD & share apa saja mengenai iklan yang disediakan pihak gush.Anda akan mengumpul mata.Ada rezki ada lah ganjaran.Kita usaha kan dulu. Jom CUBA SEKARANG!!
Jangan malu jangan segan... :)

click this link : Share about Gushcloud and get rewarded!

p/s : TAK BELI TAK APA, TENGOK AJE.... hehe

Friday, June 8, 2012

Hantaran Tunang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Just nak share beberapa hantaran tunang edisi bidan terjun yang berjaya aku siapkan dalam masa seminggu.Aiyo boleh la dari tak de kan...But jika ada masa yang lebih pasti dapat disiapkan dengan lebih sempurna.

Berikut beberapa jenis hantaran tunang dengan TEMA KUNING KEEMASAN...emasss la sangattttt...huhuhu

Hantaran ni untuk letak cincin

Edisi Ferrero Roche : simple je designnya

Baju untuk pihak perempuan 

 Koleksi mandian Body Shop

Sireh junjung edisi Bidan Terjun 

Semua sekali yang akan menjadi hantaran nanti

Ni la pertama kali buat hantaran.So, hope OK aje lah sebagai pembuat hantaran amateur ni. Chaiyok chaiyok. Jumpa lagi untuk edisi berikutnya...

Wednesday, June 6, 2012

Gushcloud Cara Mudah Dapat Duit dari Internet

Assalamualaikum kepada semua rakan bloggers dan pembaca sekalian...

Hari ni nak cerita pasal satu lagi website yang boleh membantu anda menjana pendapat sampingan melalui internet ni, iaitu Gushcloud.



Apa itu Gushcloud? Hah aku pun masih baru dalam gush ni tapi berdasarkan pemerhatian dan pembacaan mengenai gushcloud ni, sememangnya boleh memberi anda pendapatan sampingan dan juga barangan yang menarik anda boleh tebus melalui mata ganjaran.

Pada sesiapa yang pernah ada akaun Churp Churp mungkin lebih senang faham konsep Gushcloud ni. Konsep yang sama cuma lebih mudah kumpul mata untuk menebus ganjaran. Cukup 20$ dah boleh claim.Simple kan.

Just share iklan yang disediakan atau buat je ape yang pihak gush sediakan melalui akaun TWITTER atau FACEBOOK atau BLOG.

Setiap iklan yang anda iklankan akan memberi anda pulangan mata. Kumpul mata dengan lebih banyak untuk reward yang lebih nilai.

Satu lagi, yang bestnya gush menggunakan matawang USD if tak silap. Haa bayangkan 1 Usd lebih kurang 3 Ringgit Malaysia. So, if kumpul mata banyak2 mungkin anda berpeluang untuk cash out lebih banyak.

Walaupun baru mula, tapi mata terkumpul dah bernila RM 13. Baru sekejap buat..Mungkin kalau lagi rajin advertise iklan-iklan yang ada, mungkin akan bertambah.Insyaallah.Usaha tangga kejayaan.

Macam mana nak mula??? Just SIGN UP sekarang yek. Gunakan medan internet sebaiknya dan sebetulnya. hehehe :)

Klik di sini untuk mendaftar : Gushcloud


P/s : Kumpul mata = markah = point.Jangan main mata yekkkk.Good Luck Guys!!~~

Thursday, May 31, 2012

Conference Research

Salam

Pernah dulu aku mengadu pasal research untuk final year project yang sangat mengSTRESS kan tu. Tapi aku sangat terkejut baru-baru ni bila dapat emel menyatakan

Dear bla bla bla,
"Congratulation! I am pleased to inform you that based upon the recommendations 
of two blind reviewers your paper has been accepted for presentation at the 
NETs2012, to be held in Bangkok, Thailand, August 17-19, 2012 "



Paper 48 Title: IS THERE A URBAN-RURAL TECHNOLOGY GAP IN MALAYSIA? 


Just gembira walaupun tak tau apa pasal ni.huhuhu...Dari mana dtgnya semua ni..Ok jugak la perasan sekejap..hehe..(ehem bukan p Bangkok ye..dapat emel sesat jek)


Apa pun, at least my name and my friend included as an author of the Research. Thanks to our supervisor. :)


P/s : Pada yang buat research, buatlah sepenuh hati walaupun sangat memeritkan.



Wednesday, May 30, 2012

Cerita di Akhir Bulan

Assalamualaikum...

"Sudah usang jadinya blog ni bila tak di update. Hmmm mungkin kerana tak ada masa lapang untuk berblog sejak akhir-akhir ni"

Pejam celik jek dah nak habis bulan 5..Menanti waktu bila agaknya nak habis belajar. Seronok sangat tengok kawan-kawan KONVO baru-baru ni. Semuanya segak bergaya. Wah wah dapat bunga , dapat hadiah...BEST sangatttt... Oh Masa saya akan tiba tak lama lagi. Mungkin time tu, nak demand bunga-bunga yang banyak..hehee...TAPI tak pasti, meriah tak masa tu sebab yelah, kawan2 satu batch dah konvo dulu....(pssttt bukan extend sebab repeat, tapi kekangan yang tak dapat dielakkan)


Konvokesyen Uitm Arau

Hah, itu bab konvo.Satu lagi moment yang best bila dapat gaji & dapat pegi MAKAN MEAT BALL dekat IKEA yang tergendala bulan lepas.Meat ball tu sangat famous & rata-rata orang pun tau pasal menu neh. Tapi komen aku, BOLEH laaaa...Cuma agak muak bila makan banyak.Setakat 5 meat ball pun dah memadai dari beli 20 pieces tu.Tak habis walaupun makan berdua.huhuhu..


Ni la rupanya Meat Ball IKEA : image google

Tapi seriously, KEK CHOC memang sedap. Satu lagi Karipap Ikea pun sedap.
Haish gila makan dari gila perabot sebenarnya bila pegi IKEA ni..huhuhu..

Oke, ni je dulu yang aku nak kongsi pada yang mungkin singgah membaca.hehe..Terima Kasih daun serai.. :P

Friday, May 4, 2012

Gaji Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dikala orang lain tgh berseronok bekerja, mengupdate jawatan, gaji and bla bla bla. Kami menanti bila masa kami akan bekerja.Sedih sedih sedih mengenangkan nasib. 

"Tapi dunia kami mungkin berbeza... Kerana kami seorang blogger. Kami juga bekerja Hehehe..." :)

Baru-baru ni kami berdua (Aku dan Zizi) dah dapat gaji pertama kami.Alhamdulliah berkat usaha Zizi utamanya, dapat jugak la merasa duit sendiri. Permulaan yang sangat bestttt...kan kan ZZ.

 yahoo image

Dapat lah shopping sikit untuk kami berdua yang sememangnya "kurang bershopping". Shopping kat Times Square and katne ntah.Lupaa...
Syukur sangat dengan rezki yang ada. Pada blogger keep on writing and blogging.Maybe yang tunggu or dapat Buffered Earning dari Nuffnang boleh la bergembira..

Pstttt, Macam aku, kene tunggu partner lah..kekeke..Kalau tak habuk pun tak ada!!!

Nak sedih sangat sebab belum bekerja hilang sekejap la. Tapi sedih sebab TAK DAPAT makan Meat Ball kat IKEA yang digembar gembur tu.
Kerana banyak masalah mendatang terutama kasut ku yang putus!, membatalkan hasrat.Maybe Next Time...

Dapat tengok wayang 3D for the first time.haha kesian kan...Sebelum ni bukan tak mampu.Tapi sebab jimat tak nak lah merasa..hehehe.Alasannya, banyak lagi duit nak pakai terutama study belum habis. Maklumlah pinjam PTPTN..Kali ni  dapat tengok THE AVENGERS 3D membalas kekecewaan Uncle Usin yang tak seperti dijangkakan. Then, Battleship memang fantastic!!! I love love YOU..

Ni kira kerja lah..menulis entry suka duka hidup untuk tatapan di masa akan datang.

Good Luck to everyone especially NANIE & ZIZI.. :)

Sunday, April 29, 2012

As-Salam & Selamat sejahtera...

So tired today.....Arghhhhh tensionnnnnn & fikiran serabut...Dear blog..Thank You cuz owez wif me...Betullah, kalau tinggal blog, mcm kosong kosong kosong..cm lagu Najwa Latif plak...

Sangat kekenyangan dikala kepala tgh berat.Maybe time to sleep lah...Tataaaaaaaa

Thursday, April 26, 2012

Sayang Padaku

Assalamualaikum...
Just nak share lirik lagu dari KYAI KANJENG...

duka derita
duka lara ku di dunia
tidak la aku sesali..
juga x akan
aku tangis

sesakit ape pun
yg ku rasa kan ..
dlm hidupku
semoga x membuat ku
kehilangan jernih jiwa ku

andai kan dunia mengusir aku dari buminya
tak akan aku merintih juga
tak akan aku mengemis

ketidak adilan yg di timpahkan manusia
bukanlah alasan bagiku
untuk membalas nya..

asalkan kerana itu tuhan menjadi
syg pd ku oooo....
segala kehendaknya menjadi syurga
bagi cinta ku

bukan la apa kata manusia
yg ku ikuti
tetapi pandangan allah tuhanku
yg ku takuti

ada tiada ku semata2 milik nya jua
ada tiada ku milik nya jua

Wednesday, April 25, 2012

My Wish

Assalamualaikum...

Hey readers.

I wish i could finish my study right now & make all my dreams come true.Thats All~ Truly

Thursday, April 19, 2012

Cabut Kuku Lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua...

Sape pernah cabut kuku? Tak kira la kaki ke tangan ke sampai berkali-kali? Jarang-jarang berlaku lah kecuali tersepit pintu ke ape ke yg membuatkan kuku rosak kan..

Seingat aku la kan, dari kecik lagi aku dah mula kena cabut kuku oleh kerana kenakalan aku.aiyoyoyo..Masa kecik dulu, kuku aku tercabut oleh kerana tersepit di pintu.Ada la dalam dua ke tiga kali. Bayangkan darah keluar macam air sungai yang mengalir..Jadi doktor sendiri la katakan, padan muka main PINTU lagi.

Masa dah besar gedabak camni pun dah masuk berapa kali.aku pun tak faham apa masalah kuku aku yang selalu sangat TERCEDERA ni.Kurang kalsium mungkin. :)

Rabu lepas, sekali lagi detik bersejarah tercipta.Aku cabut kuku jari telunjuk untuk kali ke 2 selama 2 tahun berturut-turut.

Yuuuhuuu, sakitnya tak terkata bila Doktor mula 'menginject" hehee..Harap-harap lepasni, tak ada lagi gejala kuku rosak, sakit, tak sihat terjadi pada aku.Sebabnya, ia akan menyukarkan aku melakukan kerja, terutama untuk menulis, membasuh pinggan dan makan.Moga cepat baik ye kuku!

 Jari ku yang kehilangan kukunya.Cepat sembuh yek...

Ini sahaja ceritaku.sehingga bertemu di entry lain.SEKIAN TERIMA KASIH DAUN SERAI~~

Saturday, March 31, 2012

Jiwa Muzik

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ada tak orang yang dalam dunia ni tak minat kepada muzik? LAGU utamanya? Tak kira lah jenis apa, balada,rock,nasyid, rnb, k-pop, hindustan, atau apa2 jek. Jiwa manusia ni mesti ada terdetik walupun sikit untuk menyanyi.For sure.hehe (kalau takde tu nampak mcm mustahil & mungkin pelik.Just opinion OK~)

Setuju tak muzik ni ibaratkan sebagai medium penyatuan budaya? Era sekarang adalah kebangkitan muzik K-POP yang berasal dari Korea. Seluruh dunia minat K-POP ni walaupun mungkin wujud pendapat yang tak senang dengan muzik K-POP ni. Tak percaya? search Youtube.hehe

Aku sendiri tak pasal-pasal terlibat & terminat pulak MUZIK dorg ni.Tapi taklah aku Fanatik gile.Just minat pada lagu, utamanya Girl Generation..

 google image : Girl Generation

Kenapa eh? Sebab lagu kumpulan ni boleh tahan la.Deria pendengaran aku dapat tangkap & menjadilah minat. Terkilan sikit, bila Girl Generation datang K.L baru-baru ni, tak berkesempatan nak pergi tengok live.Mungkin next time.

 
Kuch Kuch Hota Hai

Era muzik ni sentiasa berubah, dulu aku memang HARDCORE lagu HINDUSTAN.Boleh kata hafal lah lagu-lagu yang sedap terutama dari filem yang POPULAR pada masa tu.

Tapi, lagu MELAYU Malaysia tak kurang hebatnya cuma mungkin ruang untuk berkembang agak terhad.

Tiada berat sebelah dalam muzik.Melodi yang sedap di dengar akan menjadi satu siulan walaupun bait liriknya kita tak faham.

Pen Off~~

Wednesday, March 28, 2012

Sekadar Renungan

Assalamualaikum...

:: sekadar ingin berkongsi pada yang LUPA & ingatan untuk DIRI SENDIRI ::


Gambar di atas telah di share oleh rakan-rakan di facebook.Jadi sekadar renungan kita bersama. Kadang-kadang kita lupa siapa kita sebenarnya. 

P/s : jangan sombong ye... :)

Sunday, March 25, 2012

Medan Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman...

Singgah sebentar baca entry yang tak seberapa ni...

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, kita dapat perhatikan peningkatan pengguna yang menggunakan platform blog sebagai "alat" untuk melepaskan perasaan, berkarya, mencari pendapatan, berkenalan dan sebagainya.

Blog adalah platform berbeza berbanding laman sosial seperti facebook, twitter, myspace dan sebagainya sebab kita dapat menulis dan menerangkan dengan panjang lebar sesuatu perkara. Tak dinafikan, melalui blog sedikit sebanyak telah menyumbangkan kepada peningkatan pengetahuan am/umum tentang sesuatu perkara. Ada baik ada buruk dan perlu diingatkan kita menulis dari isi hati dan pilihlah bahan bacaan/entry yang bersesuaian dengan kita.

yahoo image
Saya seorang blogger :)

Jangan sesekali menyalahgunakan platform ni untuk menjatuhkan atau memfitnah orang. Berkongsi pengalaman dan pendapat atau perasaan untuk dijadikan iktibar adalah satu kegunaan utama medan blog. Walaupun hanya sedikit karya atau luahan rasa, mungkin amat bermakna kepada pembaca lain.

Jadi  para blogger, teruskan berkarya dan membaca ceritera pengalaman rakan lain.Jadikan iktibar atas sesuatu yang telah dikongsikan oleh bloggers yang lain. Ini adalah pendapat peribadi aku sebagai seorang yang suka " membebel di alam fana blog" ini.

Jumpa di next entry~~sekian