Tuesday, September 20, 2011

Jalan-jalan sampai ke Johor

Assalamualaikum dan salam berbahagia kepada pembaca sekalian....

Selepas seminggu masuk belajar, sekali lagi kami semua student dapat cuti sempena hari Malaysia pada 16 September 2011..Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat jelata.Semoga negara kita terus merdeka dan makmur sentiasa...Amin...

Berbalik pada tajuk asal, cuti kali ni lebih kurang dalam 4 hari dan aku berpeluang untuk bercuti di Muar kerana menghadiri kenduri kawen mak sedara ZZ.. Kebetulan hari Khamis ZZ datang amek kat UiTM ni..(Thanks ya awakkk dtg jauh-jauh :)

Jumaat bermulalah pengembaraan ke Muar, Johor.Sebelum ke Muar tu singgah amek my sista di Melaka & teruskan perjalanan ke Muar.

Muar, Johor - image google

Sesampainya di sana, Ya Allah tak ku sangka, tak ku duga bukan main meriah sambutan orang nak kawen kat Johor ni.Naik segan jadinya.Dorang sangat la ramah menyambut tetamu.Patutlah ramai yang kata Majlis Perkahwinan kat Johor meriah..Yess truly rite...

Pada hari kenduri tu, memang meriah tak terkata la sebab dorg masih mengamalkan tradisi-tradisi masyarakat Johor.Contohnya sebelum pengantin lelaki nak bersanding dengan pengantin perempuan, si lelaki kena BAYAR TOL dulu..Bukan main ramai makcik-makcik dan budak-budak duduk depan pelamin minta TOL tu..Macam duit raya la... So, sesiapa nak kawen dengan orang Johor, please make sure for this "Adat".

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PASANGAN - Semoga berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat~~

Lepas bersanding, pengantin akan baling gula-gula & duit syiling..So untunglah pada yang duduk depan pelamin. Kalau Orang Putih, baling bunga kan..So, ada perbezaan disitu yek...Mula la berebut-berebut nak kutip gula-gula..hehe..Best la tengok...

Pengalaman yang sangat best sebab nya dapat kenal dengan semua sedara-sedara  ZZ yang sangat baik, kelakar & supportive.Im gonna mish ur father's Nasi Beriani.. 
Terima Kasih Daun Keladi, Nanti Jemput Lagi.

Tak lupa gak pengalaman breakfast satay pagi-pagi..Tak pernah la aku rasa kat tempat lain..huhuhu..Lain tempat lain cara dan budaya so just ikut la tempat mana kita berada ye..Jangan nak banyak complain..

Sebelum balik ke Melaka, sempat ronda-ronda Muar dekat Tanjung..Tempat orang dating rasanya..hehe..Amek angin, main layang-layang, joging dan sebagainya..Tempat riadah la.Tempat untuk bagi makan monyet pun ada.Habitat terbuka... :P

Habis je ronda-ronda di Muar, bertolak ke Melaka & zzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

Setakat ini dulu ye celoteh ku..Tataaaaa

P/s : Terima Kasih atas layanan yang sangat sempurna dari Orang Muar.Insyalah ada rezki dan jodoh, sampai lah sekali lagi di sana..

No comments: