Wednesday, September 28, 2011

Erkkkk...Suke Hati Tajuk :)

Assalamualaikum....

Lets check it out my table + wif my notice board for last sem....


TAAADAAAAAAAAAAAAA!!!!



Notice board sem ni belum ada kata-kata semangat lagi..Sebab belum bersemangat..huhuhu.... So, untuk stay focus, carilah kata-kata hikmat untuk dijadikan panduan untuk terus focus dalam sesuatu perkara....
Okeee..Setakat ini dulu for today.. :) Papaiiii

Thursday, September 22, 2011

Comot

Dear diary,

Sekarang jam menunjukkan pukul 2 A.M & aku masih belum dapat melelapkan mataku yang bulat cam bola ping pong ni..huhuhu... Gejala lama berulang iaitu menyiapkan assignment yang mula memenuhi jadual harian...Ermmmm stop it!!! Tak nak tulis ape2 da...

Just nak tunjuk My Comot..gedikkkkkkkkkkkkkknyaaa..huhu... : )

Ni laaa bear org tu kasi..Bukan sempena birthday, tapi sempena ermmm macam-macam lah..
Peneman setia...

 Tata Titi Tutu~~~~~ Awak Time Kasih Daun Serai.huhu~~

 <3 Nanie

Tuesday, September 20, 2011

Jalan-jalan sampai ke Johor

Assalamualaikum dan salam berbahagia kepada pembaca sekalian....

Selepas seminggu masuk belajar, sekali lagi kami semua student dapat cuti sempena hari Malaysia pada 16 September 2011..Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat jelata.Semoga negara kita terus merdeka dan makmur sentiasa...Amin...

Berbalik pada tajuk asal, cuti kali ni lebih kurang dalam 4 hari dan aku berpeluang untuk bercuti di Muar kerana menghadiri kenduri kawen mak sedara ZZ.. Kebetulan hari Khamis ZZ datang amek kat UiTM ni..(Thanks ya awakkk dtg jauh-jauh :)

Jumaat bermulalah pengembaraan ke Muar, Johor.Sebelum ke Muar tu singgah amek my sista di Melaka & teruskan perjalanan ke Muar.

Muar, Johor - image google

Sesampainya di sana, Ya Allah tak ku sangka, tak ku duga bukan main meriah sambutan orang nak kawen kat Johor ni.Naik segan jadinya.Dorang sangat la ramah menyambut tetamu.Patutlah ramai yang kata Majlis Perkahwinan kat Johor meriah..Yess truly rite...

Pada hari kenduri tu, memang meriah tak terkata la sebab dorg masih mengamalkan tradisi-tradisi masyarakat Johor.Contohnya sebelum pengantin lelaki nak bersanding dengan pengantin perempuan, si lelaki kena BAYAR TOL dulu..Bukan main ramai makcik-makcik dan budak-budak duduk depan pelamin minta TOL tu..Macam duit raya la... So, sesiapa nak kawen dengan orang Johor, please make sure for this "Adat".

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PASANGAN - Semoga berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat~~

Lepas bersanding, pengantin akan baling gula-gula & duit syiling..So untunglah pada yang duduk depan pelamin. Kalau Orang Putih, baling bunga kan..So, ada perbezaan disitu yek...Mula la berebut-berebut nak kutip gula-gula..hehe..Best la tengok...

Pengalaman yang sangat best sebab nya dapat kenal dengan semua sedara-sedara  ZZ yang sangat baik, kelakar & supportive.Im gonna mish ur father's Nasi Beriani.. 
Terima Kasih Daun Keladi, Nanti Jemput Lagi.

Tak lupa gak pengalaman breakfast satay pagi-pagi..Tak pernah la aku rasa kat tempat lain..huhuhu..Lain tempat lain cara dan budaya so just ikut la tempat mana kita berada ye..Jangan nak banyak complain..

Sebelum balik ke Melaka, sempat ronda-ronda Muar dekat Tanjung..Tempat orang dating rasanya..hehe..Amek angin, main layang-layang, joging dan sebagainya..Tempat riadah la.Tempat untuk bagi makan monyet pun ada.Habitat terbuka... :P

Habis je ronda-ronda di Muar, bertolak ke Melaka & zzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

Setakat ini dulu ye celoteh ku..Tataaaaa

P/s : Terima Kasih atas layanan yang sangat sempurna dari Orang Muar.Insyalah ada rezki dan jodoh, sampai lah sekali lagi di sana..

Monday, September 12, 2011

Balik Kampus Juga Akhirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang menyinggah...

Semalam bersamaan hari Ahad 11.9.2011 adalah hari terkahir pelajar-pelajar Universiti bercuti. Yelahkan hampir 4 bulan menghabiskan cuti dengan jayanya. Ada yang berkerja part time dan tak kurang jugak yang duk rumah membesarkan padan (thats me..ehehe)

My University- Ehsan google 

Hari penghantaran beramai-ramai ni mcm jadi satu fenomena sket kat seluruh kampus..Jalan kampus yang sesak, tak ada parking dan time ni baru nampak Pak Gad bertungkus lumus bekerja...hehee.. Asek tiup wisellll je Pak Gad..aiyoyoyoyo..huhuhu.Tension dibuatnya tau.... :)

Alhamdulilah aku masih dapat kolej untuk sem ni cumanya bertukar roomy...Mishh all my old frenzy and HELLO to da new roomie..Oke tak kisah pun roomate dgn sapa2 asalkan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru..

Semester ni, seperti biasa la student akan pasang azam baru untuk buat yang terbaik.Tak terkecuali aku la...Nak jadi lebih baik dari semester-semester lepas yang sangat memeningkan kepala... :)

Sampai sini dulu yek bebelan untuk semester baru..Chaiyok2 everybody yang kembali belajar setelah puas bercuti merehatkan minda..Hopefully, dapat bagi idea2 yang bernas pada semester yang baru ni..eheheee...

P/s to 2121: Hye awak, if baca blog saya, jangan kecik-kecik ati..Besarkan hati awak & everything gonna be O.K.. with love from me -----<@ Luv <3~~

Raya Tahun 2011

Assalamualaikum...

Hye everybody...Oke dah tertinggal beberapa update pasal RAYA TAHUN 2011. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ( agak terlambat wish ). For this year, alhamdulilah mak & ayah dapat cuti, so dapatlah kami sekeluarga pulang beraya di kampung halaman Kedah Darul Aman..

Perjalanan ke Kedah kali ni agak lama lebih 5 jam...Selalunya 5jam jek..Tapi tak kisah sangat sebab walaupun lambat, dapat sampai dengan selamat... BEST SGT RAYA tahun ni...jommm tgk gambar... :)

 My Beloved Family - Abg yang sulong xda, kesiannn kena kerja!~

 Wif angah ku

 Beraya di rumah sanak-saudara

Menziarah kubur sanak-saudara - Al-Fatihah kepada yang telah kembali

Raya kali ni beraya yang paling beraya la kira sebab banyak rumah berjaya kami terjah..huhu..Dalam erti kata lain melawat sahabat handai.. :) Rasanyakan lagi tak abeh sebulan Syawal ni, lagi tu lah beraya tak abeh, yela open house sana sini..TAPI harap-harap dengan cara ni kita dapat dekatkan kembali hubungan antara keluarga dan sahabat yang renggang sebelum-sebelum ni...

Entry ni stop disini...Agak lambat lah nak wish Raya ni...aiyoyoyoyo Nanie oiiii...

pssstttt : Kuih raya pun lum abeh, sapelah nak makan lepas anak-anak dah balik universiti masing-masing... :)