Sunday, October 11, 2009

KISAH KASANDRA

KISAH 1

Hidup kecilnya penuh riang tawa kanak2
Tangisan hiba sumpahan namanya, penuh tanda tanya
Apakah tawa itu sementara
Apakah hiba itu sentiasa

Kasandra, Kasandra, Kasandra!
Jaguhan rupanya tercipta
Seni terlukis terpancar diwajahnya
Anugerah tak terhingga dari yang Kuasa

Perjalanan hidup itu penuh warna warni
Satu persatu didaki biarpun tak pasti
Kejayaan dan kegagalan itu sudah pasti
Semua itu Kasandra harungi

Cinta bagi Kasandra bawa ke mati
Biarpun hatinya dilukai
Mencari kebahagian yang tak dimiliki
Hanya menggapai bayang dan mimpi

KISAH 2

Ibu dan ayah amat memahami
Kasandra sangat disayangi
Walau salah silap tetap dimaafi
Biarpun ia beribu kali

Niat Kasandra ingin membuat jasa
Kejayaan demi kajayaan membawa gembira
Ibu dan ayah bersyukur tak terhingga
Memiliki permata hati seperti Kasandra

Pendakian gunung kejayaan diteruskan
Tiba dipuncak, mulai goyah
Takut mula menguasai segenap dirinya
Akhirnya jatuh tersungkur jua

Kasandra, Kasandra, Kasandra
Laungan nama tak membawa apa
Tak mampu bangun walau tak cedera
Semangatnya lumpuh dibinasa minda

KISAH 3

Kenapa Kasandra? Kenapa lemah?
Jawapannya tidak terluah
Musnah hidupnya kerana cinta, cinta dan cinta
Rupanya masa sudah jauh meninggalkkannya

Bangun Kasandra ! Bangun !
Terdengar suara ibu, ayah serta taulan
Namun tidurnya lena sekali
Sehingga sukar dimengerti, alam apakah ini

Mana semua orang tinggalkanku?
Gelap gelita sudah duniaku
Tangis lagi mengiringi pemergian ini
Kini Kasandra bersendiri di alam abadi

Bangun Kasandra berjalan lagi
Mencari wajah-wajah yang disayangi
Melihat dari jauh kebahagiaan yang tak dimiliki
Tersenyum sendiri walau air mata membasahi pipi

KISAH 4

Berlainan dunia, jauh terpisah
Kesana kemari mencari diri
Sunyi sepi hidupnya resah
Mohon hidupnya diberi sekali lagi

Muncul dirinya tak disedari
Suara juga tidak didengari
Cuba mencari perhatian diri
Rupanya semua itu sia-sia sahaja

Ibu, ayah, ini Kasandra !
Kawan-kawanku ini Kasandra !
Gembiranya mereka, lupakah padaku ?
Adakah tangisan ketika itu tiada maknanya

Jasad dan roh bercerai sudah
Hatiku masih miliknya
Akhir hidupku kerana dia
Tiada lagi peluang kedua
Kasandra hilang lenyap didunia


wrote by,

NANIE@Intan

4 comments:

tercari-cari said...

ni lgu ke???
nnt owg blk ang nyanyi la ek...
ha3...
t owg komen...

~Nani3@InTaN~ said...

gile lah klu ni lagu..pjgggg

~~ ni bkn lagu..ni draft n jln crite aje...

~~ lagu x brni nk letak tkut kne gelak... kekekeke

tercari-cari said...

ley pe wt lgu...
ang kn terrer bab reka2 lgu ni...
hehehe...

~Nani3@InTaN~ said...

sbnrnye dah ade deh lagu kasandra neh...

malas g nk letak.. maluuuuu