Thursday, November 6, 2008

SIHIR

Banyak dalil-dalil al Quran yang menceritakan tentang wujudnya sihir ini seperti yang tercantum dalam surah Al Baqarah ayat 102, Yunus ayat 77, Thaha ayat 67 hingga 69, surah Al A'raf ayat 117 hingga 112.serta banyak lagi yang lain.

Di dalam hadis juga ada diterangkan tentang perbuatan sihir ini. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang belajar sebahagian ilmu nujum, maka ia belajar sebahagian dari sihir, semakin bertambah ilmu tersebut maka akan semakin bertambah pula ilmu sihirnya".

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Ibnu Qayyim berkata bahawa menyingkirkan sihir dari orang yang terkena sihir itu ada dua macam. Pertama, menyingkirkan sihir dengan perbuatan sihir, cara ini termasuk perbuatan syaitan.

Kedua, menyingkirkan sihir dengan membaca ayat-ayat al Quran, doa-doa atau zikir-zikir yang seperti ini dibolehkan. Dengan demikian pengubatan sihir yang dibolehkan adalah pengubatan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran, doa-doa, zikir dan sebagainya yang disyariatkan oleh agama.

Sedangkan pengubatan sihir yang diharamkan adalah menghilangkan sihir dengan sihir pula kerana cara ini sudah pasti menjadikan syaitan sebagai sahabat dengan cara mendekatkan diri kepada mereka serta mencari keredhaan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Pengubatan sihir (dengan menggunakan sihir) itu adalah dari perbuatan syaitan". (Ahmad dan Abu Daud)

Tanda-tanda orang mengamalkan ilmu sihir ini mereka tidak menjalankan perintah agama seperti solat serta amalan yang lainnya, kerana jika mereka mengerjakan perintah agama dengan betul dengan sendirinya syaitan yang menjadi temannya akan lari tidak akan mampu bekerjasama dengannya.

Kerjasama antara tukang sihir dengan syaitan ini menyebabkan tukang sihir tersebut akan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat kemusyrikan dan kekafiran baik secara tersembunyi mahupun secara terang-terangan, sebagai balas jasa syaitan akan melayani tukang sihir tersebut.

Banyak ayat-ayat Al Quran dan zikir-zikir yang boleh diamalkan dalam menangkis serangan sihir ini. Bagi umat Islam yang sentiasa menjalankan perintah agama dengan betul, seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan sebagainya maka tidak mudah ditembusi oleh angakra jahat sihir ini.

Walaupun begitu Rasulullah SAW menunjukkan ayat-ayat tertentu dalam menangkis kejahatan syaitan dan sihir tersebut. Seperti banyak membaca surah Al Ikhlas,Al Falaq dan surah An Nas dan ayat Kursi.

~~to ma best fwen,ni artikel org dpt dr 1 web gak..just copy tuk kamu bace yek..just be strong..Jgn bertindak dulu yek.byk doa yek...Dont want anything bad happen to u lil pwincess.dont be too sad..chaiyok chaiyok u can do it... Cayalahhhhhhhhhhhhh...

~Nani3~

4 comments:

UROI said...

entry best..huhu..
takotnye klu kne bnda2 mcm ni..
doa byk2 mintak dijauhkn..
:)tuk kwn nanie tu..
be strong :P

nani3 said...

yap..for me oso..

tercari-cari said...

huhu...
takot plak ble pk mndee2 cmni...
mnela tau kot2 jd kt kte...
huhu....

ni3 said...

iyoler...haha